Info

5 Kaedah Pendaftaran Vaksinasi Covid-19 & Proses Penerimaan Suntikan

February 18, 2021Oleh Cikgu Shaari2 min baca
5 Kaedah Pendaftaran Vaksinasi Covid-19 & Proses Penerimaan Suntikan

Untuk makluman anda, kerajaan menyediakan lima kaedah pendaftaran menerusi dalam talian atau secara manual untuk orang ramai mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 di negara ini. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini secara rasminya telah melancarkan Buku Panduan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Buku Panduan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan mengandungi pelbagai maklumat terkini mengenai dasar Program Imunisasi termasuk kaedah pelaksanaan vaksinasi Covid-19.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pelaksanaan dan pendaftaran vaksinasi Covid-19 buat rakyat Malaysia.

5 KAEDAH PENDAFTARAN VAKSINASI COVID-19

Untuk makluman anda, suntikan vaksin adalah PERCUMA kepada warganegara Malaysia. Pendaftaran vaksinasi Covid-19 yang akan dibuka bermula MAC 2021 nanti boleh dibuat melalui salah satu kaedah berikut:

  • Pendaftaran menerusi aplikasi MySejahtera
  • Menerusi laman sesawang www.vaksincovid.gov.my
  • Menerusi talian hotline yang akan dimaklumkan kemudian
  • Pendaftaran di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta
  • Program bantuan (outreach) bagi kawasan luar bandar dan pedalaman
Nota: Pemberian vaksin Covid-19 adalah secara sukarela tetapi sangat digalakkan bagi membolehkan sasaran pembentukan imuniti kelompok dapat dicapai.
Pendaftaran Vaksinasi Covid-19 Melalui 5 Kaedah (Online & Manual)

PROSES VAKSINASI COVID-19

Berikut adalah proses pendaftaran dan penerimaan vaksinasi secara online dan manual:

Secara Online (MySejahtera)

Pendaftaran Vaksinasi Covid-19 Melalui 5 Kaedah (Online & Manual)

Secara Manual

Pendaftaran Vaksinasi Covid-19 Melalui 5 Kaedah (Online & Manual)

3 FASA PEMBERIAN VAKSIN

Pendaftaran Vaksinasi Covid-19 Melalui 5 Kaedah (Online & Manual)

LOKASI PEMBERIAN VAKSIN

Vaksinasi akan dijalankan di 605 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang telah dikenal pasti oleh KKM. PPV sementara seperti di stadium, pusat konvekesyen, dewan orang ramai, universiti serta fasiliti yang bersesuaian juga akan dibuka mengikut keperluan. Lokasi ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Pendaftaran Vaksinasi Covid-19 Melalui 5 Kaedah (Online & Manual)

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan berkenaan Program Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan, anda boleh terus ke laman www.vaksincovid.gov.my/.

Topik artikel ini
Info
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda