Tarikh Bayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Fasa 3 & Kadar Bayaran Mengikut Kategori

Selaras dengan komitmen Kerajaan untuk meneruskan agenda prihatin rakyat, sukacita dimaklumkan bahawa sehingga hujung tahun ini, kerajaan akan menyalurkan Bantuan Tunai langsung kepada rakyat berjumlah 10 bilion ringgit. Sebelum ini kerajaan bersetuju memberi bayaran tambahan bagi BPR sehingga RM500 pada bulan Julai dan bayarannya akan dibuat secara berperingkat.

Terkini di bawah pakej PEMULIH, kerajaan akan menyalurkan bantuan tunai kepada golongan yang layak merangkumi Bantuan Khas Covid-19 (BKC) dan Bantuan Kehilangan Pekerjaan.  BKC akan diberikan kepada isi rumah dan bujang dari kategori Miskin Tegar, B40 dan M40.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tarikh bayaran Bantuan Khas Covid-19 dan kadar bayaran mengikut kategori.

TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS COVID-19 (BKC)

Bayaran Bantuan Khas Covid (BKC) adalah secara berfasa seperti berikut:

  • Fasa 1: 6 September 2021
  • Fasa 2: 25 November 2021
  • Fasa 3: 20 Disember 2021

KADAR BAYARAN BANTUAN KHAS COVID-19

Bayaran Bantuan Khas Covid seperti yang diumumkan akan dibuat seperti berikut:

Kategori Miskin Tegar

  • Isi Rumah
    Fasa 1: RM500
    Fasa 2: RM500
    Fasa 3: RM300
  • Bujang
    Fasa 1: RM200
    Fasa 2: RM300

Kategori B40

  • Isi Rumah
    Fasa 1: RM500
    Fasa 2: RM300
  • Bujang 
    Fasa 1: RM200

Kategori M40

  • Isi Rumah
    Fasa 1: RM250
  • Bujang
    Fasa 1: RM100

[Rasmi] Tarikh Bayaran Bantuan Khas Covid-19 Fasa 1 Mulai 6 September 2021

KRITERIA KELAYAKAN

Tak tahu anda dalam kategori mana? Semak di bawah:

[Rasmi] Tarikh Bayaran Bantuan Khas Covid-19 Fasa 1 Mulai 6 September 2021

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Bantuan Keluarga Malaysia telah diumumkan dalam Bajet 2022 dan akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan bujang.

Untuk makluman anda, BKM akan dibayar secara berperingkat sebanyak 4 kali sepanjang tahun 2022. Bayaran pertama BKM dijangka akan bermula pada:

  • Mac 2022

Semak: Syarat Kelayakan & Cara Mohon Bantuan Keluarga Malaysia

Maklumat lanjut berkaitan BKM boleh dirujuk pada Soalan Lazim (FAQ) yang dimuat naik di portal LHDNM. Kerajaan sentiasa komited memastikan bantuan yang disediakan menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma