Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Langkah Penting Untuk Claim Insurans Kenderaan Yang Dimasuki Banjir

Oleh Cikgu Shaari • December 19, 2021 • 2 min baca

Langkah Penting Untuk Claim Insurans Kenderaan Yang Dimasuki Banjir
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kejadian banjir besar yang datang secara tiba-tiba di beberapa daerah sekitar Selangor dan Kuala Lumpur telah menggemparkan orang ramai. Klang dan Sepang adalah dua daerah paling teruk terjejas banjir di negeri ini susulan hujan lebat sejak beberapa hari lepas. Banjir teruk ini telah mengakibatkan ribuan kenderaan yang dimasuki air banjir dan rosak susulan bencana tersebut.

Namun sekiranya kenderaan anda ditenggelami banjir dan anda ada ambil insurans perils, ada beberapa langkah yang perlu anda lakukan untuk claims insurans kenderaan yang dimasuki banjir tersebut.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui langkah-langkah yang perlu diambil untuk claims insurans apabila kereta dimasuka banjir.

LANGKAH CLAIM INSURANS KERETA DIMASUKI BANJIR

Berikut adalah langkah-langkah penting yang perlu diambil untuk claim insuran kenderaan anda yang dimasuki banjir:

  1. Jangan start enjin kenderaan yang dimasuki air banjir
  2. Ambil gambar, catat lokasi, masa dan tarikh kejadian banjir
  3. Bila banjir dah surut, jangan start enjin lagi
  4. Terus hubungi towing insurans untuk tow kereta ke balai polis untuk buat laporan
  5. Setelah siap buat laporan, boleh hantar ke mana-mana worksop panel insurans untuk buat claims
  6. Jika renew dengan ejen, anda boleh hubungi ejen

MAKSUD INSURANS PERILS

Seperti yang dinyatakan, claims insurans bagi kenderaan yang dimasuki banjir boleh dibuat oleh pemilik yang ada ambil insurans perils. Apa yang dimaksudkan dengan perlindungan tersebut?

Sebenarnya masih ramai lagi pemilik-pemilik kenderaan tidak tahu ada Perlindungan Peril Khas untuk melindungi kenderaan anda yang mengalami kerosakan akibat bencana alam. Sebenarnya boleh, dengan syarat anda maklumkan kepada pihak insurans untuk buat tambahan SPECIAL PERILS COVER dalam insurans kenderaan anda.

Perlindungan Perils adalah perlindungan tambahan untuk kerosakan melibatkan ribut, banjir, tanah runtuh, mendap, gempa bumi dan juga bencana alam yang lain (bergantung pada syarikat insurans yang anda pilih).

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk membantu mangsa-mangsa yang terlibat banjir di luar sana. Pastikan anda kongsikan dengan kenalan dan keluarga ada untuk persediaan sekiranya berlaku bencana yang tidak diingini seperti yang berlaku sekarang.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.