Pencen Askar 2026: Berapa Kadar Pencen Veteran ATM Selepas SSPA Fasa 2? Ini Anggaran & Tarikh Bayaran •Umur Pengeluaran KWSP 2026: Ini Peraturan Baharu Akaun Fleksibel, Sejahtera & Persaraan (Ramai Masih Keliru) •Gaji Berapa Kena PCB 2026? Ini Anggaran Gaji Yang Mula Kena Potongan Cukai Bulanan (Ramai Salah Faham) •Cara Share Location Google Maps (Live Location) 2026: Panduan Lengkap Untuk Keselamatan & Mudah Jejak Lokasi •22 Inisiatif BKJ Fasa 4 Johor: RM138 Juta Bantuan Untuk Lebih 600,000 Rakyat (Senarai Penuh & Kelayakan) • Pencen Askar 2026: Berapa Kadar Pencen Veteran ATM Selepas SSPA Fasa 2? Ini Anggaran & Tarikh Bayaran •Umur Pengeluaran KWSP 2026: Ini Peraturan Baharu Akaun Fleksibel, Sejahtera & Persaraan (Ramai Masih Keliru) •Gaji Berapa Kena PCB 2026? Ini Anggaran Gaji Yang Mula Kena Potongan Cukai Bulanan (Ramai Salah Faham) •Cara Share Location Google Maps (Live Location) 2026: Panduan Lengkap Untuk Keselamatan & Mudah Jejak Lokasi •22 Inisiatif BKJ Fasa 4 Johor: RM138 Juta Bantuan Untuk Lebih 600,000 Rakyat (Senarai Penuh & Kelayakan) •

Cara Buat Tuntutan Insurans Bencana Alam Bagi Peminjam LPPSA Yang Terlibat Banjir

Oleh Cikgu Shaari • December 20, 2021 • 2 min baca

Cara Buat Tuntutan Insurans Bencana Alam Bagi Peminjam LPPSA Yang Terlibat Banjir
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Dimaklumkan bahawa semua pembiayaan perumahan sektor awam di bawah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)  adalah dilindungi oleh Polisi Perlindungan Pemilikan Rumah Jangka Panjang (LTHO) daripada panel insurans/ takaful LPPSA yang telah dipilih oleh pelanggan semasa mengemukakan permohonan pembiayaan.

Oleh yang demikian, LPPSA menasihatkan supaya pelanggan yang terjejas akibat bencana banjir berhubung dan membuat tuntutan kepada panel insurans/ takaful LTHO masing-masing melalui mana-mana saluran yang dinyatakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan panduan buat tuntutan insurans bencana alam bagi pelanggan LPPSA yang terlibat dengan banjir.

PROSEDUR TUNTUTAN

Bagi membantu pelanggan LPPSA yang terjejas akibat bencana banjir untuk perlindungan yang berkaitan, sila rujuk prosedur tuntutan berikut:

Butiran Perlu Disediakan

Tuntutan mestilah dibuat dengan beberapa butiran berikut:

  • Nama peserta
  • No. MyKad
  • No. Sijil Takaful
  • No telefon
  • Emel
  • Anggaran Kerosakan
  • Alamat Rumah yang terjejas akibat banjir
  • Atau tambahan butiran yang diperlukan oleh pihak panel insurans/takaful

Saluran Untuk Dihubungi

Hubungi dan buat tuntutan kepada panel insurans/ takaful LTHO masing-masing melalui mana-mana saluran yang dinyatakan:

MAKLUMAN PENTING

  • Tuntutan Insurans/ takaful adalah tertakluk kepada skop/ polisi perlindungan insurans/ takaful yang telah diambil oleh pelanggan bersama-sama perumahan sektor awam di bawah Bahagian Pinjaman perumahan (BPP)/ LPPSA
  • Pelanggan dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang baik pulih kerosakan sehingga pelaras kerugian (adjuster) yang dilantik oleh panel insurans/takaful menilai kerosakan hartanah yang terjejas akibat banjir

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi Pusat Panggilan LPPSA di talian 03 88801600 atau melalui Portal Pertanyaan/ Aduan Rasmi LPPSA di https://etiket.lppsa.gov.my/.

Baca juga: Penjawat Awam Boleh Beli 4 Biji Rumah Jika Ikut Tips Ini, Itu Kelebihan Kerja Kerajaan

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.