Bantuan Hilang Pekerjaan PEMULIH, RM500 Bermula Oktober 2021

Selaras dengan komitmen Kerajaan untuk meneruskan agenda prihatin rakyat, sukacita dimaklumkan  bahawa kerajaan akan menyalurkan Bantuan Tunai langsung kepada rakyat berjumlah 10 billion ringgit sehingga hujung tahun ini di bawah Pakej PEMULIH.

Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR. Semasa pengumuman PEMERKASA Tambahan yang lepas, Kerajaan bersetuju untuk memberi bayaran tambahan bagi BPR sehingga 500 ringgit pada bulan Julai dan bayarannya akan dibuat secara berperingkat mulai 29 Jun.

Terkini, kerajaan telah mengumumkan akan memberikan Bantuan Kehilangan Pekerjaan pada bulan Oktober 2021 kepada individu yang kehilangan pekerjaan.

BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN

Bantuan Kehilangan Pendapatan akan diberikan kepada individu yang layak sebanyak:

  • RM500

TARIKH PEMBERIAN BANTUAN

Bantuan ini dijangka memanfaatkan sehingga 1 juta ahli yang melibatkan implikasi kewangan 500 juta ringgit. Bantuan akan disalurkan pada:

  • Oktober 2021

PEKERJA YANG LAYAK

Pada bulan Oktober nanti, sebanyak 500 ringgit akan disalurkan kepada:

  • pekerja yang kehilangan pendapatan
  • berdasarkan data KWSP atau PERKESO dalam tahun 2021

Kerajaan sedar kehidupan ramai di kalangan saudara-saudari yang terjejas teruk akibat lebih setahun berperang dengan pandemik COVID-19. Walaupun berjuta rakyat Malaysia telah menerima manfaat bantuan tunai dari Kerajaan sejak Mac 2020 dan ramai lagi menerima bantuan kerajaan dalam bentuk yang pelbagai, kerajaan faham bantuan perlu terus dipertingkat selagi kemelut ini berlanjutan.

Maklumat lanjut berkenaan permohonan Bantuan Hilang pekerjaan RM500 ini AKAN DIKEMASKINI.

Baca: Senarai Penuh Bantuan Baru Kerajaan PEMULIH

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma