Permohonan Tapak Bazar Ramadan/ Aidilfitri 2022 DBKL Kini Dibuka
Peniaga yang nak berniaga di Bazar Ramadhan atau Aidilfitri bagi tahun 2022 di kawasan Kuala Lumpur dah boleh buat permohonan lesen sementara Bazar Ramadan/ Aidilfitri 2022. Permohonan boleh dibuat sehingga 31 Disember 2021 secara dalam talian.
Permohonan adalah dibuka kepada semua warga kota berumur 18 tahun ke atas yang memenuhi syarat kelayakan ditetapkan. Namun setiap pemohon hanya boleh memohon satu petak sahaja untuk Bazar Ramadan/ Aidilfiitri 2022.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran permohonan lesen sementara Bazar Ramadan/ Aidilfitri 2022.
Isi Kandungan
TEMPOH PERMOHONAN
Permohonan tapak bazar ramadan/ aidilfitri 2022 anjuran DBKL boleh dibuat sepanjang tempoh berikut:
- 1 – 31 Disember 2021
SYARAT PERMOHONAN LESEN
Permohonan adalah dibuka kepada peniaga yang memenuhi syarat kelayakan berikut:
Bazar Aidilfitri 2022 @ Lorong TAR
- Pemohon adalah warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup permohonan
- Beragama Islam sahaja
- Mempunyai lesen penjaja yang dikeluarkan oleh DBKL dan masih sah tempoh. (Lesen tidak aktif, telah dibatalkan atau disenarai hitam adalah tidak layak)
- Pemohon hanya boleh memohon satu (1) petak sahaja untuk Bazar Ramadan/ Aidilfitri 2022
Bazar Ramadan @ TLK Taman Tasik Permaisuri
- Pemohon adalah warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup permohonan
- Beragama Islam sahaja
- Permohonan adalah terbuka kepada semua warga kota
- Pemohon boleh memohon satu petak sahaja untuk Bazar Ramadan/ Aidilfitri 2022
KAEDAH PERMOHONAN
Sekiranya anda berminat untuk mohon tapak perniagaan bazar Ramadan/ Aidilfitri bagi tahun 2022, anda boleh buat permohonan secara atas talian melalui laman web berikut:
Untuk melengkapkan permohonan, pemohon perlu memuatnaik dokumen berikut:
- Salinan kad pengenalan berwarna (imej hadapan dan belakang)
Bagi permohonan tapak bazar ramadan/ aidilfitri 2022 oleh penganjur/ persatuan, anda boleh buat permohonan melalui borang permohonan berikut:
Borang permohonan yang lengkap diisi beserta dokumen sokongan perlu dihantar melalui penganjur dan dihantar/ dimasukkan ke kotak serahan (drop box) Bazar Ramdan/ Aidilfitri, Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan (JPPP) di Lobi, Menara DBKL 2, Jalan Raja Laut.
Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan boleh hubungi Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan di talian 03 2028 2536/ 2537/ 2538/ 2541 dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang.