Maybank Internship Program: Cara Mohon Latihan Industri & Bina Kerjaya Di Maybank

Institusi perbankan Maybank menawarkan Program Maybank Internship bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar sarjana yang berbakat untuk memperoleh pengalaman bekerja secara langsung melalui lampiran di tempat kerja dengan penyedia perkhidmatan kewangan terbesar di Malaysia.

Pelajar universiti yang sedang mencari penempatan latihan industri boleh cuba mohon penempatan di Maybank melalui Maybank Internship Programme. Pelajar berpeluang untuk mengembangkan pemahaman terutama dalam industri perkhidmatan kewangan.

Pada masa yang sama, pelajar dapat mengembangkan kemahiran insaniah yang penting seperti komunikasi perniagaan, pengurusan masa dan etika tempat kerja sehingga meningkatkan kemampuan kerja siswazah.

CIRI-CIRI PROGRAM

  • Berpeluang mendapat latihan on-the-job di salah satu jabatan ibu pejabat Maybank
  • Pembangunan kemahiran insaniah melalui program pembangunan dan bimbingan dari penyelia yang berdedikasi
  • Pembelajaran pengalaman melalui program organisasi seperti aktiviti Tanggungjawab Korporat (CR)

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk mengikuti latihan industri di Maybank:

  • Pelajar jurusan Perakaunan, Kewangan, Pengurusan, Pemasaran, IT, Ekonomi, Perbankan, Sains Aktuari, Matematik, Sumber Manusia, Psikologi, Perniagaan, Undang-undang, Statistik, Pelaburan, Pengurusan Risiko, Perbankan Islam, Kejuruteraan atau disiplin lain yang berkaitan dengan perbankan
  • Mampu menjalani latihan untuk tempoh minimum 8 minggu
  • Mendapat PNGK minimum 3.0 daripada 4.0 atau setaraf dengannya pada semester pengajian terkini
  • Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang mempunyai rekod prestasi yang luar biasa mengenai aktiviti luar kurikulum dan pencapaian lain
  • Pelatih yang berpotensi juga harus menunjukkan kesediaan untuk belajar dan sikap positif

Baca juga: Tawaran Program Latihan Industri LHDNM Seluruh Malaysia Tahun 2021

CARA MOHON

Pelajar yang berminat untuk mengikuti latihan industri di Maybank boleh buat permohonan sekarang. Sediakan dokumen berikut:

  • Resume yang memperincikan pencapaian akademik dan ekstra kurikular
  • Surat rujukan dari Universiti
  • Tarikh mula dan akhir latihan yang tepat

Sediakan dokumen berikut dan hantar ke alamat emel berikut:

  • internship@maybank.com.my

Atau:

  • Internship
    Talent & Performance Management
    Group Human Capital
    Level 15, Menara Maybank
    100, Jalan Tun Perak
    50050 KL
Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma