Status Pembayaran Penerima BPN (Data BSH) Yang Lulus Tetapi Gagal Kredit

Untuk makluman semua pemohon BPN Hasil kategori B40 dari data BSH, sekiranya permohonan anda telah lulus tetapi tidak mempunyai akaun bank atau gagal kredit ke akaun yang didaftarkan. Anda akan menerima pembayaran secara tunai selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nanti.

Baca juga: Cara Login BPN Hasil

Ini bermakna apabila berakhirnya PKP fasa ketiga yang dijadualkan pada 28 April, pemohon yang lulus tetapi gagal kredit ini akan menerima bayaran. Jadi sila tunggu hebahan rasmi yang akan dikeluarkan nanti.

BPN gagal Kredit

Perkara ini disahkan melalui status Facebook Malaysia Government Call Centre seperti di atas.

Baca juga: Penerima BPN Hasil Akan Terima SMS Berperingkat Dari 62000 dan 63833 Mengenai Pengkreditan Pembayaran BPN

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma