Tawaran Skim Pembiayaan Ekonomi Pertanian (SPEP) KEJORA, Bantuan Peralatan & Input Pertanian

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) mempelawa kepada INDIVIDU@KOPERASI di dalam Wilayah KEJORA yang memenuhi syarat dan sedang menjalankan aktiviti pertanian untuk memohon program bantuan peralatan pertanian ini.

Program Skim Pembiayaan Ekonomi Pertanian (SPEP) merupakan program bantuan peralatan pertanian yang dianjurkan oleh Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA. Pelaksanakan SPEP adalah untuk Membantu pengusaha pertanian yang berdaya maju
untuk mengembangkan lagi projek pertanian.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut skim pembiayaan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

OBEJKTIF PELAKSANAAN SPEP

Objektif pelaksanaan Skim Pembiayaan Ekonomi Pertanian (SPEP) adalah sepertimana berikut:

  • Membantu pengusaha pertanian yang berdaya maju untuk mengembangkan lagi projek pertanian.
  • Membantu mengurangkan kos peralatan kepada pengusaha pertanian yang berpotensi untuk maju.
  • Meningkatkan pendapatan peserta menerusi projek pertanian yang sedang diusahakan.

SYARAT PERMOHONAN

Tawaran adalah terbuka kepada pemohon yang berkelayakan seperti berikut:

Individu/ Persendirian

  • Pemohon mestilah mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun dan keatas dalam bidang pertanian (tanaman, ternakan, perikanan, atau industri asas tani).
  • Pemohon mestilah berusia diantara 18 tahun ke atas.
  • Pemohon telah melaburkan modal sekurang-kurangnya RM5,000.00 dan keatas bagi projek yang dilaksanakan.
  • Pemohon mestilah berstatus Bumiputera.
  • Had pembiayaan keatas projek adalah maksimum sehingga RM20,000.00 tertakluk kepada kelulusan;
  • Jenis bantuan yang akan diberikan adalah dalam bentuk peralatan dan input pertanian mengikut keperluan sebenar projek.

Koperasi

  • Pemohon mestilah mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun dan keatas dalam bidang pertanian (tanaman, ternakan, perikanan atau industri asas tani).
  • Penubuhan koperasi mestilah berusia 2 tahun ke atas pada tahun permohonan.
  • Pemohon telah melabur modal sekurang-kurangnya RM10,000.00 dan keatas bagi projek yang dilaksanakan.
  • Pemohon mestilah berstatus Bumiputera.

Syarat Lain

  • Memiliki tapak projek.
  • Lokasi projek di dalam wilayah KEJORA.
  • Memiliki akaun persendirian atau akaun projek.
  • Memiliki sijil kursus dan latihan pertanian.
  • Mengemukakan kertas cadangan perniagaan;
  • Penduduk wilayah KEJORA.
  • Mengemukakan dokumen sokongan seperti salinan kad pengenalan, pendaftaran perniagaan, penyata bank dan mendapatkan pengesahan daripada majikan/penghulu/Ketua Kampung/ Pegawai A Kumpulan Pengurusan dan Profesional Kerajaan.

CARA MOHON

Permohonan adalah perlu dikemukakan melalui Borang Permohonan yang boleh diperolehi secara percuma melalui kaedah berikut:

  1. Memuat turun di laman web KEJORA : www.kejora.gov.my, atau;
  2. Mengisi borang permohonan secara atas talian melalui google form iaitu:
    Individu: https://forms.gle/M1qSZ1rfCix9bcL26
    Kelompok: https://forms.gle/5bCjK9Hsm6CE5fC7A
  3. Borang permohonan juga boleh didapatkan di ibu pejabat KEJORA.

Permohonan yang lengkap perlulah dikembalikan kepada alamat diatas atau emelkan ke kejora@kejora.gov.my. Tarikh tutup permohonan adalah pada 23 FEBRUARI 2023 (KHAMIS) sebelum jam 5.00 petang. Borang yang diterima selepas daripada tempoh tersebut tidak akan diterima dan diproses.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA di talian 07-8843000 atau 07-8843156.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma