Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Pengambilan Pelajar Baru Tingkatan 4 Tahun 2022 Pondok Moden Al-‘Abaqirah MAIWP

Oleh Cikgu Shaari • January 3, 2022 • 2 min baca

Pengambilan Pelajar Baru Tingkatan 4 Tahun 2022 Pondok Moden Al-‘Abaqirah MAIWP
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Pondok Moden Al-Abaqirah mempelawa dan mengalu-alukan calon-calon yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 Pondok Moden Al-‘Abaqirah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) secara online yang dibuka mulai 1 Disember 2021.

Ibu bapa yang mempunyai anak berminat nak mohon kemasukan boleh buat permohonan segera. Permohonan dibuka kepada calon lelaki sahaja dan keutamaan diberikan kepada asnaf yang bermastautin atau menetap di Wilayah Persekutuan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran kemasukan ke Pondok Moden Al-Abaqirah MAIWP dan panduan buat permohonan.

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan kemasukan ke tingkatan 4 tahun 2022 ke Pondok Moden Al-Abaqirah MAIWP boleh dibuat sepanjang tempoh berikut:

  • 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022

KURIKULUM & TURATH

  • Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM): Subjek teras & elektif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
  • Pengajian Kitab-Kitab Turath dalam Bahasa Arab & Jawi
  • Pengajian Al-Quran (Hafazan)

PEPERIKSAAN UTAMA

Berikut adalah peperiksaan utama bagi pelajar di pondok MAIWP:

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM): Tahun 2
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM): Tahun  3
  • Sijil Pondok Moden Al-‘Abaqirah (Syahadah ‘Ulya): Tahun 4
  • Diploma Syariah Islamiah (DSI): Tahun 4

SYARAT KEMASUKAN

Permohonan dibuka kepada calon yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia (lelaki sahaja) Keutamaan bagi asnaf yang bermastautin atau menetap di Wilayah Persekutuan
  • Berusia 16 tahun (Tingkatan 4)
  • Cemerlang dalam akademik ATAU menghafaz minimum 15 juzuk Al-Quran (institusi tahfiz) ATAU menghafaz minimum Matan Ajrumiah & Matan Bina’ (Institusi pondok)
  • Berminat mempelajari kitab-kitab Turath Arab & Jawi
  • Berakhlak mulia dan aktif dalam ko-kurikulum
  • Lulus temuduga bertulis dan lisan

CARA MEMOHON

Ibu bapa yang berminat nak daftarkan anak ke Pondok Moden Al-Abaqirah MAIWP bagi kemasukan tahun 2022 boleh buat permohonan melalui pautan berikut:

Sila masukkan nombor kad pengenalan passport pelajar untuk pendaftaran kali pertama atau membuat semakan status permohonan. Klik butang semakan untuk pengesahan nombor kad pengenalan. Sekiranya nombor kad pengenalan tidak ditemui, butang DAFTAR DISINI akan terpapar.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh terus ke laman www.maiwp.gov.my atau hubungi talian 03 618 671 88/ emel pondok alabaqirah@gmail.com.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.