Sistem Semakan Permohonan MyKad/ MyPR/ MyKAS Online: Cara Buat Semakan Permohonan Gantian Kad Pengenalan

Anda baru sahaja memohon gantian kad pengenalan? Terkini! Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyediakan satu Sistem Semakan Permohonan MyKad/MyPR/ MyKAS bagi memudahkan orang ramai membuat semakan status semasa permohonan gantian kad pengenalan secara online. Mudahlah urusan anda selepas ini!

Anda hanya perlu hadir ke JPN untuk dapatkan kad pengenalan yang baru setelah kad pengenalan anda siap. Macam mana nak tahu dah siap? Anda boleh semak di laman rasmi yang disediakan.

Individu yang ingin membuat gantian kad pengenalan boleh mohon melalui beberapa kaedah. Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut cara buat permohonan gantian kad pengenalan dan cara menggunakan Sistem Semakan Permohonan MyKad/ MyPR/ MYKAS.

Baca juga: Apa Itu MyKad, MyPR dan MyKas? Ini Perbezaan Yang Warganegara Malaysia Kena Tahu

CARA MOHON GANTIAN KAD PENGENALAN

Orang ramai boleh buat permohonan gantian kad pengenalan dengan beberapa kaedah berikut:

Gantian Kad Pengenalan 30 Minit

JPN ada menyediakan perkhidmatan gantian kad pengenalan sepantas 30 minit. Mudah! Anda boleh buat janji temu untuk hadir ke JPN terpilih ini untuk gantian kad pengenalan 30 minit:

senarai KAUNTER JPN – GANTI MYKAD 30 MINIT

Mohon Gantian Kad Pengenalan Melalui Panggilan Telefon

Tak perlu susah-susah isi borang di kaunter atau isi borang secara online. Call sahaja dan ambil kad pengenalan anda setelah siap.

Rujuk: Panduan Permohonan Gantian Kad Pengenalan Melalui Panggilan Telefon

Mohon Gantian Kad Pengenalan Secara Online

JPN ada menyediakan perkhidmatan permohonan gantian kad pengenalan secara online dengan mudah bagi gantian:

  • Gantian biasa
  • Gantian cip/ kad rosak
  • Gantian kehilangan

Rujuk: Panduan Buat Permohonan Gantian Kad Pengenalan Secara Online

SISTEM SEMAKAN PERMOHONAN MYKAD/ MYPR/ MYKAS

Semakan status permohonan MyKad/ MyPR/ MyKAS boleh dibuat di laman rasmi JPN dengan langkah berikut:

  1. Pergi ke laman http://semakan.jpn.gov.my/semak_kpt/
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan CAPTCHA (nombor yang tertera di bawah)
  3. Klik SEMAK
    Sistem Semakan Permohonan MyKad/ MyPR/ MyKAS Online: Cara Buat Semakan Permohonan Gantian Kad Pengenalan
  4. Status permohonan gantian kad pengenalan anda akan dipaparkan
  5. Jika sudah siap, anda boleh terus hadir ke pejabat JPN seperti diarahkan

JANJI TEMU JPN

Untuk makluman anda, SEMUA urusan perkhidmatan kaunter JPN adalah berdasarkan janji temu. Urusan TANPA BUKTI janji temu atau walk ini adalah TIDAK DIBENARKAN. Pastikan anda buat janji temu online terlebih dahulu sebelum hadir ke kaunter. Klik butang di bawah untuk mula buat janji temu online JPN:

JANJI TEMU ONLINE JPN

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma