Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Pencarian Sukarelawan Pengurusan Jenazah Covid-19 Dibuka. Elaun Disediakan Buat Sukarela

Oleh Cikgu Shaari • August 4, 2021 • 2 min baca

Pencarian Sukarelawan Pengurusan Jenazah Covid-19 Dibuka. Elaun Disediakan Buat Sukarela
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Berminat nak berkhidmat membantu frontliners dalam menguruskan kes Covid-19? MADAD (Murtadha Dakwah Centre) dengan kerjasama APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) memerlukan pekerja separuh masa/ sukarelawan untuk membantu meringankan pihak hospital dalam menguruskan jenazah pesakit Covid-19.

Tawaran adalah terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berminat untuk membantu dalam pengurusan jenazah Covid-19. Elaun saguhati disediakan kepada sukarela yang berminat.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut sukarelawan pengurusan jenazah Covid-19 dan panduan buat permohonan.

SYARAT KELAYAKAN

Antara syarat kelayakan yang ditetapkan bagi mengikuti sukarelawan ini adalah:

Syarat Utama

  • Sihat tubuh badan
  • Berat badan Ideal/ Body Mass Index (BMI 20-25)

Terbuka Kepada

  • Orang awam yang mencari kerja sambilan
  • Pekerja yang ingin menambah pendapatan
  • Berumur 18 tahun hingga 30 tahun
  • Orang awam yang ingin membantu pihak hospital menguruskan jenazah

MANFAAT DITAWARKAN

Antara manfaat yang ditawarkan adalah:

  • Elaun saguhati disediakan
  • Peluang ditawarkan berkhidmat dengan MADAD

CARA MOHON

Individu yang berminat sertai sukarelawan yang ditawarkan boleh buat permohonan secara online atau melalui mesej dengan langkah berikut:

Mohon Melalui SMS

Sila mesej:

  • <nama> <no kad pengenalan> <email> <no tel> <alamat> <hari boleh berkhidmat> < status pekerjaan sekarang> kepada nombor yang tertera.
  • Hubungi: 013 851 90921 (Ustaz Adam)

Mohon Secara Online

Untuk permohonan secara online, anda boleh isi borang permohonan di bawah:

BORANG PERMOHONAN SUKARELAWAN PENGURUSAN JENAZAH COVID-19

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi Uztaz Adam di talian 013 851 90921.

Pencarian Sukarelawan Pengurusan Jenazah Covid-19 Dibuka. Elaun Disediakan Buat Sukarela

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.