Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Peluang Jadi Guru! Ini Senarai Universiti Yang Menawarkan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI)

Oleh Cikgu Shaari • January 9, 2023 • 2 min baca

Peluang Jadi Guru! Ini Senarai Universiti Yang Menawarkan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI)
Visual Archive // 2023
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Memang tidak dinafikan dalam kalangan kita ni pasti ramai sangat yang berminat untuk menjadi seorang guru tidak kira di sekolah rendah, menengah ataupun pensyarah. Namun tidak ramai yang berminat nak jadi pendidik melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan.

Mereka yang tidak memiliki Ijazah dalam bidang pendidikan tetapi berminat dalam bidang ini boleh melanjutkan pengajian Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) atau Diploma Pendidikan Pasca Siswazah (DPPPI) yang ditawarkan oleh pelbagai universiti tempatan di negara kita.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui senarai universiti dalam negara yang menawarkan program pengajian Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah dan tempoh pengajian yang anda perlu tahu.

KOS & TEMPOH PENGAJIAN DPLI

Sebelum memilih untuk sambung pengajian dalam DPLI, anda perlu tahu bahawa:

  • Pihak PTPTN TIDAK menyediakan pinjaman pelajaran program pengajian bawah daripada pengajian ijazah seseorang.

Ini bermaksud segala kos pengajian DPLI ini adalah atas kestabilan kewangan masing2. Kebanyakan yuran pengajian DPLI ini ialah antara RM8,000 – RM11,000 (tidak termasuk sewa rumah, pengangkutan, makan minum dan lain-lain.

Tempoh pengajian Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah ini biasanya:

  • 2 – 3 semester (1 – 2 tahun pengajian)

Walaubagaimanapun, tempoh pengajian dan kos pengajian adalah tertakluk kepada setiap universiti.

SENARAI UNIVERSITI YANG MENAWARKAN DPLI

Berikut adalah senarai universiti tempatan yang menawarkan pengajian Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk menjadi pendidik:

  1. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  3. Universiti Utara Malaysia (UUM)
  4. Universiti Malaya (UM)
  5. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  6. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  7. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Baca juga: Nak Jadi Seorang Pensyarah Tetapi Tak Tahu Caranya? Ini Apa Yang Perlu Anda Tahu

Semua program yang ditawarkan adalah sepenuh masa. Program ini adalah Program Open Market dan tiada jaminan penempatan untuk mengajar selepas tamat pengajian DPLI. Program ini juga memberi peluang kepada anda untuk memohon jawatan gred DH41 (jawatan pensyarah di kolej/politeknik) bukan sekadar guru di sekolah menengah sahaja.

Berbaloi ke sebenarnya melanjutkan pengajian DPLI ini? Anda boleh rujuk penjelasan di sini:

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.