Berbaloikah Sambung DPLI? Ini Senarai Program DPLI Dan Perkara Yang Perlu Anda Tahu

Memang tidak dinafikan dalam kalangan kita ni pasti ramai sangat yang berminat untuk menjadi seorang guru tidak kira di sekolah rendah, menengah ataupun pensyarah. Namun tidak ramai yang melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan.

Mereka yang tidak memiliki Ijazah dalam bidang pendidikan tetapi berminat dalam bidang ini boleh melanjutkan pengajian Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) atau Diploma Pendidikan Pasca Siswazah (DPPPI).

Jika berminat dan berhasrat untuk menyambung pengajian dalam program DPLI, ini beberapa perkara yang perlu anda tahu.

Baca juga: Berminat Nak Jadi Guru? Ini 12 Laluan Mudah Untuk Anda Jadi Guru Sekolah

UNIVERSITI YANG MENAWARKAN PROGRAM DPLI

Ada beberapa buah Universiti Tempatan yang menawarkan program DPLI / DPPPI:

  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  • Universiti Sains Islam Zainal Abidin (USIM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)

PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG DPLI

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda tahu mengenai program DPLI:

Kos Pengajian DPLI

Sebelum memilih untuk sambung pengajian dalam DPLI, anda perlu tahu bahawa pihak PTPTN tidak menyediakan pinjaman pelajaran program pengajian bawah daripada pengajian ijazah seseorang. Ini bermaksud segala kos pengajian DPLI ini adalah atas kestabilan kewangan masing2. Kebanyakan yuran pengajian DPLI ini ialah antara 8k – 11k (tidak termasuk sewa rumah, pengangkutan, makan minum dan lain-lain.

Pilih Universiti Berdekatan Rumah

Anda dinasihatkan untuk memilih universiti yang berdekatan dengan rumah kalian (atleast) supaya apabila anda melaksanakan Latihan Mengajar (LM)/ praktikal yang kebiasaannya berjalan selama 3 bulan, ia akan memudahkan segala urusan kalian.

Antara sebabnya yang lain adalah penempatan LM kebiasaannya akan ditempatkan berhampiran dengan universiti-universiti tersebut. Tidak mudah untuk mendapat pelepasan buat LM di negeri sendiri.

Pilihan Waktu Pembelajaran

Terdapat pelbagai pilihan waktu pembelajaran yang ada (sekadar pengetahuan saya):

i) UM ( Setahun ~ Pengajian 2 semester & 3 bulan LM)

Waktu kuliah adalah pada hari-hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) sama ada pagi, petang atau malam. Anda diberi pilihan. Major PI dan Minor BA.

ii) UniSZA (Setahun ~ Pengajian 2 semester & LM dibuat luar daripada semester pengajian)

Waktu kuliah adalah pada hujung minggu (Jumaat hingga Sabtu) daripada pagi sehingga petang. Major BA dan Minor PI.

iii) USIM (Setahun ~ Pengajian 2 semester & LM dibuat luar daripada semester pengajian)

Waktu kuliah adalah pada hujung minggu (Jumaat hingga Sabtu) daripada pagi sehingga petang. Major BA dan Minor PI.

iii) USIM (Setahun ~ Pengajian 2 semester dan LM di buat dalam semester 2)

Waktu kuliah adalah pada hujung minggu (Sabtu hingga Ahad) bagi semester 1 dan hari Sabtu sahaja bagi semester 2. Major PI sahaja.

Program Open Market

Semua program yang ditawarkan adalah sepenuh masa. Program ini adalah Program Open Market dan tiada jaminan penempatan untuk mengajar selepas tamat pengajian DPLI. Ini bermakna anda perlu fight bersama-sama orang lain semasa temuduga SPP nanti.

Program ini juga memberi peluang kepada anda untuk memohon jawatan gred DH41 (jawatan pensyarah di kolej/politeknik) bukan sekadar guru di sekolah menengah sahaja.

Baca juga: Nak Jadi Seorang Pensyarah Tetapi Tak Tahu Caranya? Ini Apa Yang Perlu Anda Tahu

BERBALOIKAH PROGRAM DPLI?

Berbalik kepada soalan, berbaloikah mengikuti program DPLI? Jawapannya ada pada diri masing-masing. Jika anda ingin menjadi seorang pendidik, minat mengajar dan minat bekerja berpasukan, melihat pembentukan akhlak serta pencapaian anak-anak hasil didikan anda, inilah jawapannya.

Bila nak mohon program DPLI? Ada boleh mohon apabila ada tawaran dikeluarkan nanti.

Baca juga: Perbezaan Antara Guru Interim, Guru Sandaran & Guru Ganti Yang Ramai Tidak Tahu

Semoga bermanfaat!

Sumber

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma