Cara Buat Semakan Status Tunggakan Cukai & Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara Secara Online

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) menyarankan semua pembayar cukai agar membuat semakan status sekatan perjalanan terlebih dahulu sebelum merancang untuk ke luar negara bagi sebarang tujuan. Jangan terlalu yakin nak bercuti ke luar negara, pastikan anda semak dulu ya pastikan tiada sebarang tunggakan cukai!

LHDN memaklumkan, pemakluman mengenai tindakan untuk menyekat perjalanan ke luar negara akan dibuat ke alamat terakhir yang dikemaskini oleh pembayar cukai kepada agensi berkenaan melalui data percukaian terkini yang direkodkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan panduan buat semakan status tunggakan cukai serta sekatan perjalanan ke luar negara.

INDIVIDU YANG DIKENAKAN SEKATAN PERJALANAN

Sekatan perjalanan ke luar negara adalah tindakan yang dikenakan kepada individu dan pengarah syarikat yang tidak menjelaskan:

  • Cukai pendapatan
  • Cukai keuntungan harta tanah (CKHT)
  • Cukai syarikat

SEMAKAN STATUS TUNGGAKAN CUKAI & SEKATAN PERJALANAN

Pembayar cukai boleh menyemak status tunggakan cukai dan sekatan perjalanan secara online melalui kaedah berikut:

Semakan Status Tunggakan Cukai

Semakan status tunggakan cukai bagi pembayar cukai boleh disemak melalui portal MyTax di pautan berikut:

Semakan Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara

Warganegara Malaysia yang ingin menyemak status dokumen perjalanan dan perjalanan ke luar negara boleh buat semakan di bawah:

Sekiranya pembayar cukai mempunyai tunggakan cukai dan dilarang ke luar negara, mereka dinasihatkan untuk menghubungi pejabat cawangan LHDN yang mengendalikan fail cukai mereka bagi tindakan sewajarnya.

Baca juga: e-Filing LHDN: Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Terkini Yang Boleh Dituntut

Walaubagaimanapun, pastikan anda semak dahulu status sekatan perjalanan ke luar negara agar tidak berlakunya permasalahan semasa perjalanan ke luar negara.

Untuk sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh disalurkan melalui Hasil Care Line di talian 03 89111000/ 603 89111100 (luar negara), HASiL Live Chat dan borang maklum balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/.

Sumber

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma