Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Tawaran Insentif Seni Kewangan JKKN Sehingga RM15,000 Buat NGO & Penggiat Seni

Oleh Cikgu Shaari • February 21, 2022 • 2 min baca

Tawaran Insentif Seni Kewangan JKKN Sehingga RM15,000 Buat NGO & Penggiat Seni
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Insentif Seni JKKN merupakan penjenamaan beberapa bentuk bantuan dan perkhidmatan sedia ada yang disediakan oleh JKKN kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) seni budaya dan penggiat seni budaya bagi menambah upaya mereka untuk melaksanakan program dan aktiviti berkaitan seni budaya.

JKKN menawarkan empat (4) insentif kepada NGO dan penggiat seni di dalam membangunkan dan mengembangkan seni budaya. Bantuan kewangan berupa modal permulaan untuk menampung sebahagian kos program/ aktiviti seni dan budaya.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut insentif bantuan yang ditawarkan dan panduan buat permohonan.

TEMPOH PERMOHONAN

Untuk makluman anda, permohonan Insentif Seni Kewangan oleh JKKN dibuka mengikut sesi. Semak tarikh permohonan bagi sesi 1, 2 dan 3 di bawah:

KADAR BANTUAN & INSENTIF DITAWARKAN

Bantuan kewangan berupa modal permulaan akan diberikan untuk menampung sebahagian kos program/ aktiviti seni dan budaya. Maksimum pemberian bantuan adalah sebanyak:

  • Maksimum RM15,000

JKKN menawarkan empat (4) insentif kepada NGO dan penggiat seni di dalam membangunkan dan mengembangkan seni budaya. Berikut adalah insentif-insentif yang ditawarkan;

  • Insentif Kewangan
  • Insentif Seni Ruang
  • Insentif Seni Kepakaran
  • Insentif Seni Promosi

Untuk bantuan bagi setiap insentif, anda boleh rujuk di laman www.jkkn.gov.my.

SKOP PROGRAM/ AKTIVITI SENI

Berikut adalah skop program / aktiviti seni budaya yang akan dipertimbangkan untuk bantuan;

  • Pembangunan Kandungan
  • Pembangunan Kapasiti dan Sidang Keilmuan
  • Penyelidikan dan Pembangunan Seni Budaya
  • Pembangunan Modal Insan Seni
  • Program Jangkauan Seni Budaya
  • Program Penyemarakan Seni Budaya

CARA MOHON

  • NGO seni budaya mesti berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) mengikut Akta Pendaftaran Pertubuhan 1966;
  • Universiti Awam yang permohonannya hendaklah melalui Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM)
  • Yayasan berkaitan seni budaya yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang bukan bersifat keuntungan boleh dipertimbangkan permohonannya dengan menyertakan dokumen tambahan. (Dokumen yang menyatakan Yayasan tersebut bukan bersifat keuntungan)

Semua pemohon wajib mendaftar sebagai NGO seni budaya JKKN di dalam laman sesawang JKKN di bawah Perkhidmatan – BBK Seni Budaya – Borang Permohonan

Keutamaan pertimbangan adalah bagi program/ aktiviti seni budaya yang berasaskan atau mengangkat seni, budaya dan warisan Malaysia. Bagi maklumat lanjut, pemohon boleh menghubungi pegawai penyelaras di JKKN negeri atau terus ke laman http://www.jkkn.gov.my/ms/insentif-seni.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.