Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Tawaran Biasiswa Pengajian Agama Dari Kerajaan Republik Turkiye Tahun 2022 Dibuka

Oleh Cikgu Shaari • February 22, 2022 • 2 min baca

Tawaran Biasiswa Pengajian Agama Dari Kerajaan Republik Turkiye Tahun 2022 Dibuka
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Pada 14 Februari 2022 lalu, Senator Ustaz Datuk Haji Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Republik Turkiye TYT Merve Kavakci. Kedutaan Besar Republik Turkiye telah memaklumkan bahawa Presidensi Hal Ehwal Ugama Turkiye bersama Yayasan Turkiye menawarkan program biasiswa buat pelajar Malaysia.

Sehubungan dengan itu, calon-calon di kalangan warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk membuat permohonan biasiswa yang ditawarkan sehingga 15 Mac 2022.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran biasiswa oleh Republik Turkiye dan cara buat permohonan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Permohonan tawaran biasiswa yang ditawarkan boleh dibuat sehingga tarikh tutup yang dimaklumkan berikut:

  • Tarikh tutup: 15 Mac 2022

PROGRAM BIASISWA DITAWARKAN

Kedutaan Besar Republik Turkiye telah memaklumkan bahawa Presidensi Hal Ehwal Ugama  Turkiye bersama Yayasan Turkiye Diyanet telah mengumumkan tawaran program biasiswa seperti berikut:

  1. Anatolian Imam Hatip High School
  2. Theology Undergraduate
  3. Theology Graduate (Master and PhD)

CARA BUAT PERMOHONAN

Calon-calon di kalangan warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk membuat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan boleh dibuat mengikut langkah berikut:

  1. Pergi ke laman web https://diyanetburslari.tdv.org/
  2. Untuk mohon biasiswa, anda mestilah daftar sebagai pengguna Diyanet Bursları Yönetim Sistemi (DBYS) dan aktifkan pengguna
  3. Pendaftaran pengguna adalah percuma dan mudah
  4. Pastikan maklumat yang didaftarkan adalah benar kerana pendaftaran adalah penting bagi penentuan kelayakan biasiswa
  5. Muat naik semua dokumen yang diperlukan apabila sistem sudah bersedia

Mewakili Kerajaan Malaysia, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merakamkan setinggi penghargaan kepada Kerajaan Turki dan Kedutaan Besar Republik Turki di Malaysia atas peluang ini. Semoga hubungan baik yang sedia terjalin antara Malaysia dan Turki akan terus kukuh.

Untuk maklumat lanjut berkenaan biasiswa yang ditawarkan, anda boleh terus ke laman web rasmi https://diyanetburslari.tdv.org.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.