Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Semakan Pusat Ujian PKSK 2020 Untuk Kemasukan Ke Sekolah Khusus Tahun 2021

Oleh Cikgu Shaari • October 12, 2020 • 2 min baca

Semakan Pusat Ujian PKSK 2020 Untuk Kemasukan Ke Sekolah Khusus Tahun 2021
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Sekiranya anda telah membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus tahun 2021, kini anda boleh buat semakan pusat Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) untuk ketahui lokasi ujian yang akan dijalankan.

Semakan ini adalah untuk calon mengambil ujian PKSK bagi sekolah-sekolah khusus bagi kemasukan Tingkatan 1 dan 4 pada tarikh yang ditetapkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk panduan membuat semakan lokasi PKSK.

MAKSUD PKSK

PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat. Dimulakan pada tahun 2020, kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke SBP dan SMKA serta sekolah-sekolah khusus yang lain untuk tahun 2021 akan disaring dan duduki ujian terlebih dahulu.

Semua pemohon dikehendaki menjalani ujian secara online yang dipadankan dengan Aplikasi Pangkalan Data Muris (APDM). Calon yang telah membuat permohonan kini boleh menyemak lokasi PKSK.

FORMAT PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) meliputi beberapa bahagian berikut:

  • Bahagian A – Kecerdasan Insaniah (20%)
  • Bahagian B – Kecerdasan Intelek (70%)
  • Bahagian C – Artikulasi Penulisan (10%)

Pentaksiran & Tarikh Penting Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Tahun 2021

SEMAKAN PUSAT UJIAN PKSK 2020

Ikuti langkah berikut untuk membuat semakan lokasi ujian PKSK yang bakal dijalankan di sekolah-sekolah terpilih:

  1. Klik pautan berikut:
    Tingkatan 1 –SEMAKAN PUSAT PKSK
    Tingkatan 4 – SEMAKAN PUSAT PKSK4
  2. Masukkan Nombor MyKid/MyKad pemohon – anak/calon
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan Penjaga Utama
  4. Klik Semak
    Semakan Pusat PKSK 2020 Untuk Kemasukan Ke Sekolah Khusus Tahun 2021
  5. Lokasi ujian PKSK akan dipaparkan

Untuk makluman anda, Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus tahun 2020 bagi negeri Selangor dan Sabah telah ditangguhkan dan akan dimaklumkan pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Ketahui tarikh-tarikh penting kemasukan pelajar ke SBP DI SINI.

Baca juga: Kriteria Pemilihan Pelajar Ke SBP Sesi 2021

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.