Info

Pemegang Tiket I-Card ETS Boleh Buat Pindaan Tarikh Perjalanan Dan Pemulangan Tambang

October 12, 2020Oleh Cikgu Shaari1 min baca
Pemegang Tiket I-Card ETS Boleh Buat Pindaan Tarikh Perjalanan Dan Pemulangan Tambang

Berita baik buat pelajar yang terkesan dengan keputusan penangguhan pendaftaran pelajar IPT secara fizikal dan telah membuat pembelian tiket ETS untuk pulang ke kampus.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah bersetuju untuk membenarkan pindaan tarikh tiket atau pemulangan tambang bagi pelajar berkenaan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk panduan membuat pindaan tarikh perjalanan dan pemulangan tambang.

PERMOHONAN PINDAAN TARIKH DAN PEMULANGAN TAMBANG

Permohonan untuk pindaan tarikh dan pemulangan tambang adalah dibuka kepada pelajar yang telah membuat pembelian tambang bagi perjalanan tren elektrik (ETS) dan Antarabandar.

Pindaan atau pemulangan tambang boleh dibuat sehingga hujung tahun ini di kaunter tiket berdekatan tertakluk kepada terma dan syarat.

Permohonan perlu disertai dengan:

  • Tiket asal
  • Surat Pengesahan atau Notis Penangguhan Pendaftaran
  • KTMB I-Card atau kad pelajar

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03 2267 1200 atau layari saluran media baharu KTM Berhad.

Pemegang Tiket I-Card ETS Boleh Buat Pindaan Tarikh Perjalanan Dan Pemulangan Tambang

Topik artikel ini
Info
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda