Pentaksiran & Tarikh Penting Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Tahun 2021

Susulan pengumuman YB Menteri Kanan Pendidikan mengenai pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada 15 April 2020, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan satu kaedah baharu bagi pemilihan murid untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV), Maktab Tentera Diraja (MTD) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Pendidikan bertarikh 22 Mei 2020 telah memutuskan bahawa Satu sistem permohonan kemasukan murid ke Sekolah Khusus dibangunkan secara single entry point. Satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat digunakan untuk kemasukan murid ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di Sekolah khusus.

FORMAT PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) meliputi beberapa bahagian berikut:

  • Bahagian A – Kecerdasan Insaniah (20%)
  • Bahagian B – Kecerdasan Intelek (70%)
  • Bahagian C – Artikulasi Penulisan (10%)

Pentaksiran & Tarikh Penting Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Tahun 2021

TARIKH PENTING PKSK

Tingkatan 1

  • Permohonan atas talian – 7 September hingga 2 Oktober 2020
  • Semakan Pusat PKSK – 7 Oktober hingga 23 Oktober 2020
  • Pelaksanaan PKSK – 12 Oktober hingga 23 Oktober 2020
  • Keputusan Tawaran – 15 Januari 2021
  • Pendaftaran – 16 Februari 2021
  • Rayuan – 15 Januari hingga 29 Januari 2021

Tingkatan 4

  • Permohonan atas talian – 7 September hingga 2 Oktober 2020
  • Semakan Pusat PKSK – 12 Oktober hingga 6 November 2020
  • Pelaksanaan PKSK – 26 Oktober hingga 6 November 2020
  • Keputusan Tawaran – 5 Februari 2021
  • Pendaftaran – 23 Februari 2021
  • Rayuan – 5 Februari hingga 19 Februari 2021

PERMOHONAN KEMASUKAN KE SEKOLAH KHUSUS

Permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus boleh dibuat dalam sistem pada tarikh yang telah ditetapkan seperti berikut:

Pemohon perlu memuatkan nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid dan nombor MyKad Penjaga Utama (yang didaftar dalam APDM) untuk memasuki sistem. Sistem akan membuat padanan dengan maklumat murid yang terdapat dalam APDM.

Pemohon boleh membuat pilihan jenis sekolah (SBP/SMKA/SMT/KV/MTD, jenis aliran atau pengkhususan sekolah atau kursus yang dipohon, nama sekolah pilihan, pusat pentaksiran pilihan serta beberapa butiran lain yang diperlukan.

PERSEDIAAN PTSK

Pentaksiran & Tarikh Penting Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Tahun 2021

Pentaksiran & Tarikh Penting Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Tahun 2021

FASA PROSES PENGAMBILAN

Berikut adalah proses-proses pengambilan pelajar ke Sekolah Khusus yang perlu calon lalui:

Pentaksiran & Tarikh Penting Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Tahun 2021

 

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma