Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus Tingkatan Satu & Tingkatan Empat Tahun 2022

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) bagi tujuan kemasukan murid ke Sekolah Khusus iaitu Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV), dan Maktab Tentera Diraja (MTD) untuk tahun 2022.

KPM telah membangunkan satu sistem permohonan kemasukan murid ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat ke Sekolah Khusus secara single entry point. Sistem ini melibatkan permohonan secara berpusat dan juga kaedah pentaksiran standard secara berpusat.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak tarikh-tarikh penting permohonan kemasukan murid tingkatan 1 dan 4 ke sekolah khusus tahun 2022.

SEKOLAH KHUSUS TERLIBAT

Permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus ini melibatkan:

Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus Tingkatan Satu & Tingkatan Empat Tahun 2021

SYARAT PERMOHONAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS

Syarat permohonan kemasukan ke sekolah khusus adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Mendaftar dalam Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Murid Tahun Enam Tahun 2021:
    a) Berumur 12 tahun atau
    b) Lahir pada 2 Januari 2009 hingga 1 Januari 2010; dan
  • Murid Tingkatan Tiga Tahun 2021:
    a) Berumur 15 tahun; atau
    b) Lahir pada 2 Januari 2006 hingga 1 Januari 2007

TARIKH PERMOHONAN & SEMAKAN PUSAT PENTAKSIRAN

Tarikh bagi permohonan dalam talian, semakan pusat pentaksiran dan pelaksanaan pentaksiran adalah seperti berikut:

  • Tarikh permohonan: 10 Oktober hingga 15 November 2021
  • Semakan pusat pentaksiran: Mulai 1 Disember 2021
  • Tarikh keputusan: 15 Mac 2022

PERMOHONAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS

Permohonan untuk kemasukan ke sekolah-sekolah khusus boleh dibuat melalui pautan yang disediakan mengikut kategori peringkat pengajian berikut:

Laman permohonan akan dibuka sebaik sahaja tarikh permohonan dibuka seperti yang ditetapkan di bawah.

PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS

Pentaksiran bagi kemasukan tahun 2022 akan bermula pada:

  • Tingkatan 1: 17 Januari 2022 hingga 27 Januari 2022
  • Tingkatan 4: 7 Februari 2022 hingga 17 Februari 2022

Untuk makluman, pentaksiran kemasukan Sekolah Khusus yang akan dilaksanakan ini merangkumi tiga bahagian iaitu:

  • Kecerdasan Insaniah – 20% (secara online)
  • Kecerdasan Intelektual – 70% (secara online)
  • Atikulasi Penulisan – 10% (secara bertulis)

Keputusan pemilihan murid akan diumumkan pada 15 Mac 2022.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma