Cara Tukar Sekolah & Aliran Tingkatan 6 (STPM) 2026 – Ramai Silap Hingga Hampir Hilang Tempat! •Cara Bayar Bil Air Online Guna Phone (TNG, Boost & JomPAY) – Tak Perlu Beratur Lagi! •Ramai Dapat Banyak A Tapi Tak Dapat Matrikulasi? Ini Realiti Merit Yang Pelajar SPM Wajib Faham •Jawatan Kosong Penolong Pegawai Arkib Gred S5 (Arkib Negara Malaysia) – Cara Mohon & Syarat Lengkap •Pendaftaran TABIKA & TASKA KEMAS 2027 Dibuka: Tarikh, Umur & Cara Mohon Online • Cara Tukar Sekolah & Aliran Tingkatan 6 (STPM) 2026 – Ramai Silap Hingga Hampir Hilang Tempat! •Cara Bayar Bil Air Online Guna Phone (TNG, Boost & JomPAY) – Tak Perlu Beratur Lagi! •Ramai Dapat Banyak A Tapi Tak Dapat Matrikulasi? Ini Realiti Merit Yang Pelajar SPM Wajib Faham •Jawatan Kosong Penolong Pegawai Arkib Gred S5 (Arkib Negara Malaysia) – Cara Mohon & Syarat Lengkap •Pendaftaran TABIKA & TASKA KEMAS 2027 Dibuka: Tarikh, Umur & Cara Mohon Online •

Semakan Panggilan Ujian SPiER- PDRM Bagi Jawatan Inspektor Polis YA13 & Konstabel Polis YA1

Oleh Cikgu Shaari • May 24, 2022 • 2 min baca

Semakan Panggilan Ujian SPiER- PDRM Bagi Jawatan Inspektor Polis YA13 & Konstabel Polis YA1
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Perhatian! Semua calon yang telah melepasi pemeriksaan ujian fizikal pada tahun 2022 dikehendaki untuk membuat semakan panggilan ujian SPiER- PDRM bermula pada 9 Mei 2022 secara online bagi calon semenanjung. Semakan status ujian SPiER-PDRM lulus atau gagal boleh dilakukan dalam sistem e-pengambilan PDRM.

SPiER atau ringkasan kepada (Sistem Pemprofilan Rekrutmen) ialah satu sistem yang menggunakan ujian psikologi sebagai satu kaedah saringan awal dalam pemilihan dan pengambilan pegawai baru. Tujuan sistem SPiER adalah untuk mengenal pasti calon yang mampu memenuhi kriteria jawatan dari segi Personaliti, Kesihatan Mental, Integriti, Kompetensi dan Patriotisme.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut semakan panggilan ujian SPiER PDRM bagi calon terlibat.

JAWATAN TERLIBAT

Semakan Ujian Integriti SPiER PDRM yang dibuka ini adalah melibatkan jawatan berikut:

  • Inspektor Polis Gred YA13 (Lelaki/ Wanita)
  • Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki/ Wanita)

Untuk makluman anda, semakan kali ini melibatkan SABAH DAN SARAWAK SAHAJA.

TARIKH SEMAKAN

Semakan Ujian Integriti SPiER- PDRM dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • 9 Mei 2022 hingga 7 Jun 2022 (Sabah Dan Sarawak Sahaja)

OBJEKTIF SPiER

Secara umumnya, ujian SPiER akan membantu KDN pilih calon yang berkelayakan bagi mengelakkan wujudnya bias dan diskriminasi serta membantu pengurusan sumber manusia KDN mengenalpasti kriteria individu yang dikehendaki sebelum diserap masuk.

Objektif khusus psikometrik SPiER adalah untuk:

  • Memilih calon yang sesuai dari perspektif psikologikal untuk berkhidmat di bawah KDN
  • Menyaring calon yang kompeten dengan nilai dan kriteria yang diperlukan oleh KDN
  • Menyaring calon yang berwibawa dengan menggunakan pendekatan yang lebih objektif
  • Menyaring calon yang mempunyai tahap kesihatan mental yang baik serta kestabilan dan pengurusan emosi yang baik

Rujuk: Kenali Apa Itu Ujian SPiER  & Senarai Agensi / Jabatan Yang Mempunyai Ujian Saringan SPiER

CARA BUAT SEMAKAN

Semakan kelayakan ujian SPiER-PDRM boleh dibuat mulai 9 Mei 2022 melalui sistem e-Pengambilan PDRM di pautan berikut:

Hanya calon yang lulus Ujian SPiER-PDRM sahaja akan mendapat surat panggilan temuduga lisan yang boleh didapati di dalam e-Pengambilan PDRM.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh berhubung di talian Help Desk 03 2266 8348/ 8350/ 8351 seperti yang tertera di Instagram atau Facebook Unit Pengambilan PDRM.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.