Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

e-Reporting PDRM: Cara Buat Laporan Polis Secara Online Bagi Kes Hilang Ic/ Lesen/ Barang Berharga & Lain-Lain

Oleh Cikgu Shaari • May 24, 2022 • 2 min baca

e-Reporting PDRM: Cara Buat Laporan Polis Secara Online Bagi Kes Hilang Ic/ Lesen/ Barang Berharga & Lain-Lain
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Tahukah anda Polis Diraja Malaysia (PDRM) ada menyediakan kemudahan sistem e-Reporting PDRM bagi memudahkan rakyat Malaysia membuat laporan secara atas talian? Online Police Reporting System (e-Reporting) merupakan salah satu Projek Rintis Balai Polis Modern Policing bagi balai-balai di bawah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Sistem ini telah dibangunkan bagi merealisasikan pencapaian PDRM ke “Word Class Modern Policing”. Selepas ini orang ramai yang nak buat laporan polis atas beberapa kes boleh buat secara online dengan mudah!

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut berkenaan e-Reporting dan panduan buat laporan polis secara online melalui e-Reporting PDRM.

E-REPORTING PDRM

e-Reporting Polis Diraja Malaysia merupakan satu inisiatif Polis Diraja Malaysia untuk memudahkan orang awam membuat laporan polis secara online di internet bagi beberapa jenis laporan yang tidak melibatkan kes-kes jenayah atau tidak memerlukan siasatan lanjut polis.

Sistem e-Reporting adalah terhad kepada warga Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas. Ianya boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang ada capaian jaringan talian internet.

Tujuan penyediaan sistem e-reporting PDRM ini adalah untuk:

  • Memberi kemudahan kepada orang awam untuk membuat laporan polis secara online, yang tidak melibatkan kes-kes jenayah atau/dan yang tidak memerlukan siasatan lanjut oleh pihak polis.
  • Meningkat kepuasan pelanggan dengan mengurangkan masa menunggu orang awam di pejabat pertanyaan
  • Meningkatkan prestasi PDRM dengan mengurang beban kerja personel pejabat pertanyaan
  • Meningkatkan reputasi dan imej perkhidmatan PDRM di era digital.

JENIS LAPORAN POLIS YANG BOLEH DIBUAT ONLINE

Berikut adalah jenis-jenis laporan polis yang boleh dibuat melalui e-Reporting adalah laporan yang tidak melibatkan kes-kes jenayah atau tidak memerlukan siasatan lanjut polis. Sebanyak 8 jenis laporan polis yang disenaraikan adalah seperti berikut:

  1. Hilang/ Tercicir Kad Pengenalan
  2. Hilang/ Tercicir Lesen Memandu
  3. Hilang/ tercicir Kad Kredit/ ATM
  4. Hilang Telefon Bimbit
  5. Hilang Komputer Riba (Laptop)
  6. Hilang Cukai Jalan
  7. Pembantu Rumah Lari – Tujuan permohonan pembatalan permit pembantu rumah sahaja
  8. Kehilangan kerosakan peralatan atau dokumen akibat bencana alam

CARA BUAT ADUAN MELALUI E-REPORTING PDRM

Berikut adalah panduan membuat laporan polis secara online melalui e-Reporting PDRM:

  1. Layari sistem e-reporting.rmp.gov.my
  2. Daftar dan log masuk e-reporting
  3. Masukkan butiran pengadu
  4. Masukkan butiran kejadian
  5. Masukkan keterangan kejadian
  6. Hantar butiran repot ke e-reporting PDRM
  7. Anda boleh cetak dan menerima salinan repot melalui emel

Mudah kan penggunaan e-Reporting PDRM? Semoga kemudahan ini dapat memberi manfaat kepada orang ramai!

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.