Sebab-sebab Anda Tidak Melepasi Syarat Permohonan Di SPA & Tidak Mendapat Tawaran
Ramai juga calon yang merungut tidak melepasi syarat dan status permohonan di sistem SPA9 menyatakan “Tidak melepasi tapisan semasa yang ditetapkan oleh kementerian/jabatan“. Untuk pengetahuan anda, sistem pengambilan akan dipilih berdasarkan kelayakan calon dan juga kekosongan yang ditawarkan.
Pihak SPA akan memilih calon yang memohon jawatan berdasarkan beberapa kriteria. Jika anda tidak melepasi tapisan semasa, mungkin ini sebabnya.
Ikuti perkongdian di bawah untuk ketahui sebab-sebab calon tidak melepasi syarat permohonan SPA.
Isi Kandungan
SEBAB TIDAK MELEPASI SYARAT PERMOHONAN SPA
1 Pengkhususan Bidang
Perkara utama yang akan dilihat dari calon yang mohon adalah bidang pengajian. Jika bidang pengajian jauh dengan syarat kekosongan jawatan, SPA serta merta akan tolak permohonan walaupun CGPA tinggi. Selepas lihat bidang, baru lihat CGPA. Contohnya seperti berikut:
Calon A: Graduan Kejuruteraan dari UTHO. CGPA 2.92
Calon B: Graduan Sains Sukar dari UTM. CGPA 3.82
Calon C: Graduan Pendidikan UPSI. CGPA 3.74
Calon D: Graduan Ekonomi Unimas. CGPA 3.00
Jika keempat-empat calon ini memohon jawatan Pegawai Jurutera, Calon A akan dinilai ke peringkat seterusnya manakala Calon B, C dan D akan ditolak awal-awal walaupun CGPA agak tinggi. Jadi pastikan anda mohon jawatan yang bersesuaian dengan bidang pengajian.
2 CGPA
Seperti di atas, setelah melepas syarat bidang pengkhususan, calon akan dinilai dari segi CGPA. Setiap pusat temuduga SPA ada unjuran tersendiri untuk calon dipanggil temuduga. Katakan selepas tapisan dilakukan dari 40 ribu permohonan dikemukakan hanya 10 ribu yang melepasi tapisan pengkhususan bidang sebelum penilaian CGPA dilakukan.
Jika penilaian CGPA anda tidak lepas, penilaian ketiga tidak akan dilakukan. Sebab itulah CGPA adalah penting untuk pelajar score semasa belajar.
3 Lokaliti (Jarak tempat tinggal pemohon)
Pihak SPA akan lihat jarak tempat tinggal pemohon dengan iklan kekosongan yang ditawarkan. Dari 10,000 calon yang melepasi tapisan pengkhususan bidang hanya tinggal 6,000 yang berjaya ditapis selepas penilaian CGPA dilakukan.
Jika melepasi penilaian lokaliti barulah pihak SPA akan nyatakan di ruangan status permohonan calon sebegini “Melepasi tapisan semasa yang ditetapkan oleh kementerian/jabatan”.
Selepas tapisan lokaliti dilakukan hanya 6,000 sahaja yang berjaya dipanggil temuduga. Bagi jawatan yang mempunyai ujian peperiksaan, calon akan dimaklumkan melalui email.
Baca juga: SPA Kongsikan 5 Sebab Utama Calon Gagal Temuduga Kerja
LEPASAN SPM/SVM
Untuk calon yang mempunyai kelayakan SPM/SVM, pihak SPA akan menilai berdasarkan pencapaian keputusan yang diperoleh. Katakan Pembantu Belia & Suka Gred 19 untuk jawatan SPA dan calon yang memohon hanya 15,000 dan kekosongan memerlukan 3000 kekosongan.
Calon akan dinilai berdasarkan pencapaian terbaik sahaja. Kalau tidak melepasi syarat yang ditetapkan itu bermakna keputusan orang lain yang memohon jawatan yang sama adalah lebih baik daripada keputusan calon.
Baca juga: Panduan Pendaftaran SPA8i Untuk Lepasan SPM Yang Ramai Tak Cuba
Jadi selepas anda baca kriteria-kriteria penilaian untuk syarat permohonan ini, adalah anda sudah mendapat gambaran bagaimana tapisan awal dibuat? Untuk peringatan calon, adalah penting untuk calon memohon jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan yang calon ada terutama dari segi bidang pengajian.
Baca juga: 6 Sebab Calon Masih Tidak Mendapat Panggilan SPA
Semoga bermanfaat!