Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Permohonan Bantuan Wang Saku Pelajar Orang Asli JAKOA Tahun 2023

Oleh Cikgu Shaari • January 27, 2023 • 2 min baca

Permohonan Bantuan Wang Saku Pelajar Orang Asli JAKOA Tahun 2023
Visual Archive // 2023
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Makluman penting kepada penerima Bantuan Wang Saku Pelajar Orang Asli tahun 2023! Bermula tahun 2023, JAKOA Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan akan membuat bayaran bantuan wang saku pelajar Orang Asli secara dalam talian. Penerima yang belum mendaftar sebagai penerima wang saku boleh memuat turun borang permohonan melalui pautan disediakan.

Penerima wang saku sedia ada diminta untuk mengemaskini dan mengaktifkan nombor akaun bagi melancarkan proses pembayaran.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan Bantuan Wang Saku Pelajar Orang Asli tahun 2023 dan panduan permohonan.

PENERIMA BANTUAN SEDIA ADA

Penerima Bantuan Wang Saku Pelajar Orang Asli tahun 2023 diminta ambil perhataian beberapa maklumat penting berikut:

  • Bermula tahun 2023, JAKOA Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan akan membuat bayaran bantuan wang saku secara DALAM TALIAN
  • Mohon kerjasama penerima wang saku untuk MENGEMASKINI dan MENGAHKTIFKAN NO AKAUN bagi melancarkan proses pembayaran
  • Akaun hanya boleh didaftarkan diatas nama penerima sahaja. Bagi akaun bersama atau Akaun Simpanan (Tabung Haji, ASNB) adalah tidak dibenarkan
  • Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan pejabat JAKOA Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan atau JAKOA daerah yang berdekatan

KADAR BANTUAN KEWANGAN

Elaun Wang Saku akan berikan sebanyak:

  • RM4 sehari mengikut jumlah kehadiran yang disahkan oleh pihak sekolah

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran adalah terbuka kepada pemohon yang berkelayakan seperti berikut:

  • Pelajar mestilah berketurunan Orang Asli Semenanjung atau setar menepati takrifan di bawah Seksyen 3 Akta Orang Asli, 1954 (Akta 134)
  • Pelajar sekolah menengah sahaja

CARA MOHON

Sekiranya anda berkelayakan seperti dinyatakan di atas dan memerlukan bantuan ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan eVendor bagi penerima belum mendaftar sebagai penerima wang saku.

Muat turun borang permohonan di bawah:

BORANG PERMOHONAN BANTUAN WANG SAKU JAKOA

Permohonan mestilah dibuat dengan mengisi borang permohonan dan hantar bersama dokumen berikut:

  • Salinan sijil lahir
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan Akaun Bank yang aktif di atas penama yang menuntut

Sila berhubung terus dengan Pejabat JAKOA Daera yang berdekatan untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.