SPA Kongsikan 5 Sebab Utama Calon Gagal Temuduga Kerja

Calon yang bakal menghadapi temuduga kerja tidak kira dalam sektor kerajaan atau swasta WAJIB tahu 5 sebab utama yang menyebabkan calon gagal dalam temuduga ini. Jangan sudah habis temuduga baru nak menyesal kerana tidak tahu beberapa perkara yang akan dikongsikan ini!

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dalam portal utamanya juga ada kongsikan sebab utama calon gagal temuduga. Sebab-sebab ini adalah berdasarkan pengalaman lepas calon yang pernah ditemu duga.

Jika anda nak tahu sebab-sebab itu, anda boleh ikuti perkongsian di bawah.

SEBAB UTAMA CALON GAGAL TEMU DUGA

SPA Kongsikan 5 Sebab Utama Calon Gagal Temuduga Kerja

Melalui portal rasmi SPA, pihak SPA kongsikan sebab utama calon gagal dalam temu duga kerajaan. Calon yang gagal temu duga disebabkan prestasi temu duga yang kurang memuaskan.

1 Tidak Membuat Persediaan Dari Segi Fizikal

Sangat penting untuk calon tahu jenis pemakaian yang sesuai untuk menghadiri temu duga terutamanya dalam temu duga kerajaan. Bukan hanya pemakaian yang akan dinilai, malah penampilan dari segi kekemasan diri juga semuanya dinilai.

Calon yang tidak membuat persediaan dari segi fizikal akan dianggap calon itu tidak bersedia. Persediaan sangat penting tidak kira di mana pun temu duga anda hadiri.

Selain itu, keyakinan diri calon juga adalah penting

2 Tiada Pengetahuan Berkaitan Jawatan Yang Ditemu Duga

Memang tidak dapat dinafikan ada calon yang langsung tidak membuat persediaan dari segi pengetahuan berkaitan jawatan yang dimohon. Sesetengah calon hanya bersedia dari segi soalan berkaitan isu semasa dan pengenalan diri sahaja sehingga lupa untuk ambil tahu lebih tentang jawatan yang ditemu duga.

Apa yang perlu anda tahu mengenai jawatan yang anda mohon adalah dari segi tugas, kelayakan dan lain-lain yang berkaitan. Pastikan anda kaji habis-habisan mengenai jawatan tersebut sebelum ke temu duga.

Baca: Tips Cari Maklumat Tentang Majikan, Jabatan dan Kementerian Untuk Persediaan Menghadiri Temuduga Menggunakan Google Search

3 Tidak Membawa Dokumen Yang Lengkap

Sudahkan anda semak senarai dokumen yang perlu anda bawa ke temu duga? Jika belum, pastikan anda semak apa jenis dokumen yang perlu anda bawa semasa temu duga. Dokumen yang tidak lengkap seperti yang penemuduga mahu akan menyebabkan penilaian calon berkurang.

Sebelum menghadiri temu duga pastikan anda semak balik sama ada dokumen anda lengkap atau tidak. Susunan dokumen juga sangat penting.

4 Personaliti Yang Tidak Bersesuaian

Apabila menghadiri temu duga tidak kira dalam sektor kerajaan atau swasta, personaliti yang anda tonjolkan mestilah bersesuaian dengan jawatan yang di mohon. Contohnya jika anda pergi ke temu duga untuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik, anda perlu serlahkan personaliti seorang pemimpin dan seorang yang bijak membuat perancangan.

Begitu juga apabila anda pergi ke temu duga bagi jawatan Attendan hospital. Anda kena tunjukkan personaliti yang bijak dalam menguruskan orang, sifat caring dan prihatin.

5 Panel Dilantik Mempunyai Pengalaman Dan Lebih Arif

Selain daripada sebab di atas, sebab ini juga antara sebab utama ramai calon gagal. Semua panel temu duga yang dilantik mempunyai pengalaman serta lebih arif dalam perihal jawatan yang berkaitan bagi pemilihan calon yang bersesuaian untuk dilantik dalam perkhidmatan awam.

Panel yang lebih arif ini pastinya akan mencari calon yang betul-betul layak. Sebab itulah calon mestilah lakukan yang terbaik dalam temu duga.

PENILAIAN DALAM TEMUDUGA KERAJAAN

Jadi untuk lulus dalam temuduga kerajaan, pastikan anda tahu penilaian yang dilakukan oleh panel terhadap di calon. Pastikan anda lakukan persediaan terhadap semua aspek penilaian dalam temuduga. Anda boleh lihat penilaian dalam temuduga di pautan berikut:

Semoga perkongsian ini dapat membantu calon untuk membuat persediaan sebelum menghadapi temu duga sebenar. Dengan perkongsian sebab calon gagal ini, di harap calon lebih ambil perhatian dan tidak lakukan kesilapan yang dapat menyebabkan calon gagal ini.

Selamat maju jaya!

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma