Jangan Buang Masa Mohon Jawatan Gred 19 Jika Ada Degree, Ini Sebabnya
Setiap calon yang mohon jawatan kosong kerja kerajaan melalui laman SPA9 kena ingat ya, jangan sesekali mohon jawatan dengan kelayakan SPM iaitu gred 19 sekiranya anda ada kelayakan Ijazah Sarjana Muda ataupun degree. Mungkin ramai lepasan graduan yang masih mohon jawatan dengan gred 19 kerana peluang mendapat panggilan lebih mudah.
Memang benar, pengambilan jawatan gred 19 dalam sektor kerajaan lebih banyak berbanding jawatan gred 41 iaitu jawatan yang memerlukan kelayakan degree. Namun calon diingatkan untuk mohon jawatan tidak melebihi satu level dari kelayakan anda miliki. Kenapa?
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui sebab kenapa anda tidak sepatutnya buang masa mohon jawatan gred 19 sekiranya anda ada degree.
Isi Kandungan
ADA DEGREE BOLEH MOHON JAWATAN APA?
Ada degree tidak semestinya anda mohon jawatan gred 41 sahaja. Anda sebenarnya boleh mohon jawatan dengan kelayakan diploma/ STPM iaitu jawatan gred 29. Tapi tidak boleh apply untuk jawatan berkelayakan SPM.
Hanya satu level di bawah saja dibenarkan! Begitu juga halnya jika anda ada diploma/STPM, anda boleh apply jawatan yang berkelayakan SPM.
Jadi, sebelum anda apply mana – mana kekosongan jawatan, sila kaji dulu kelayakan yang diperlukan untuk jawatan tersebut.
Baca juga: “Ada Ijazah, Kenapa Mohon Jawatan Gred 29?” Ini Contoh Jawapan Lengkap Yang Anda Boleh Tiru
APA JADI JIKA ADA DEGREE MOHON JAWATAN SPM?
Ada kes seorang calon yang memiliki ijazah, tapi apply jawatan yang perlukan SPM. (dia isi borang online dengan gunakan SPM saja, tidak maklumkan ada ijazah).
Bila dia dipanggil temuduga, apabila panel semak dokumen – dokumennya, didapati dia memiliki ijazah. Apa kata panel tersebut?
“Awak ni tak tahu ke yang jawatan ni untuk SPM, tapi awak ni ada ijazah..Kenapa awak datang juga ye…Lebih baik awak balik saja..”
Belum apa – apa dah disuruh balik. Mengapa? Sebabnya dia telah gagal patuhi syarat
yang telah diberikan. Ada ijazah tapi apply jawatan SPM. Sebenarnya nak sorokkan
ijazah tu boleh, tapi jangan sampai terkantoi. Apapun, bersikap jujur adalah lebih
baik dalam menghadapi situasi sebegini. Sikap jujur akan lebih memberikan seribu
ketenangan kepada anda semasa temuduga nanti.
Untuk makluman anda, semasa temuduga, maklumat peribadi yang diisikan anda
semasa memohon temuduga ada dalam laptop panel penemuduga. Mereka akan
menyemaknya semasa menemuduga anda. Jika anda tipu, HABISLAH..dalam kerja
kerajaan ini, kejujuran amat dititik beratkan!
Baca juga: Dasar “One Step Lower” Dalam Permohonan Jawatan SPA Yang Setiap Calon Kena Tahu
Semoga bermanfaat!