Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Dasar “One Step Lower” Dalam Permohonan Jawatan SPA Yang Setiap Calon Kena Tahu

Oleh Cikgu Shaari • December 5, 2022 • 2 min baca

Dasar “One Step Lower” Dalam Permohonan Jawatan SPA Yang Setiap Calon Kena Tahu
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Pasti ramai calon yang mohon jawatan kerja kerajaan melalui laman SPA9 dah tahu bahawa tempoh sah laku pendaftaran calon adalah 1 tahun dan permohonan jawatan melalui SPA9 boleh dibuat terdah kepada 15 jawatan sahaja. Namun tak ramai yang tahun berkenaan dasar One Step Lower yang ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Apa itu dasar One Step Lower? Bagi yang tidak tahu, pastikan anda ambil tahu supaya tidak keliru dan hairan kepada anda tidak dapat mohon jawatan dengan kelayakan yang lebih rendah.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut berkenaan dasar One Step Lower yang ditetapkan oleh SPA yang setiap calon kena tahu.

Baca juga: “Ada Ijazah, Kenapa Mohon Jawatan Gred 29?” Ini Contoh Jawapan Lengkap Yang Anda Boleh Tiru

KETETAPAN DASAR ONE STEP LOWER

Apa yang dimaksudkan dengan dasar one step lower yang ditetapkan oleh SPA?

  • Dasar One Step Lower ditetapkan di mana setiap calon boleh mohon jawatan yang memerlukan kelayakan rendah satu tingkat dari kelayakan yang calon ada.

Contohnya, permohonan jawatan di SPA adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu:

  • Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah Sahaja
  • Calon yang memiliki Ijazah dan Diploma/ STPM/ STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/ STPM/ STAM
  • Calon yang memiliki  Diploma/ STPM/ STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/ STPM/ STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan

Apa gred jawatan yang boleh dimohon dengan kelayakan yang anda ada?

Rujuk: Jenis Gred Jawatan Kerja Kerajaan Yang Boleh Dimohon Ikut Kelayakan Anda

Baca juga: Bolehkah Lepasan Ijazah Mohon Jawatan Dengan Kelayakan SPM Dalam SPA9? Ini Jawapannya

Semoga perkongsian ini dapat memberi penjelasan kepada semua calon yang sedang membuat permohonan jawatan di SPA.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.