Jenis Gred Jawatan Kerja Kerajaan Yang Boleh Dimohon Ikut Kelayakan Anda

Permohonan pekerjaan melalui Sistem SPA9 adalah tertakluk kepada dasar ‘One Step Lower’ seperti yang dinyatakan. Bagi urusan pengambilan yang dijalankan, hanya pemohon yang melepasi syarat tapisan yang ditetapkan akan dipanggil untuk menduduki peperiksaan/ujian. Calon yang lulus dalam peperiksaan/ujian tersebut seterusnya akan dipanggil ke sesi temu duga.

Setiap gred jawatan membawa maksud-maksud yang tersendiri. Nombor di belakang gred adalah melambangkan kelayakan jawatan tersebut.

Nak tahu gred jawatan kerja kerajaan apa yang anda boleh mohon dengan kelayakan yang anda ada? Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui gred jawatan yang layak mengikut kelayakan.

FUNGSI GRED/KOD JAWATAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Di dalam perkhidmatan awam, terdapat pelbagai jenis jawatan yang diwujudkan di semua kementerian, jabatan dan sektor. Penyelarasan gaji juga berbeza mengikut jawatan yang disandang.

Oleh yang demikian, penyelarasan setiap perjawatan amat penting bagi memastikan kelancaran pembayaran gaji, urusan cuti dan pelbagai lagi.

Antara penyelarasan yang dilaksanakan adalah dengan memperkenalkan sistem kod atau gred untuk setiap peringkat dalam dalam kementerian, jabatan dan sektor-sektor tertentu.

GRED JAWATAN IKUT KELAYAKAN

Untuk mohon kerja kerajaan, anda boleh ikut panduan di bawah untuk ketahui jenis gred jawatan yang anda boleh mohon mengikut kelayakan akademik masing-masing.

Kelayakan PMR/ PT3 & Setaraf

  • Gred 11

Kelayakan SPM & Setaraf

  • Gred 11
  • Gred 19

Kelayakan STPM/ Matrikulasi/ Diploma & Setaraf

  • Gred 19
  • Gred 29

Kelayakan Ijazah Sarjana Muda

  • Gred 29
  • Gred 41

Baca juga: Maksud Gred/Kod Jawatan KP, N, DG, DH & Lain-lain Di Jawatan Dalam Perkhidmatan Awam

Penggelaran gred jawatan dan gred gaji dipinda menggunakan angka 1 hingga 54 berasaskan kriteria kelayakan masuk dan bilangan gred kenaikan pangkat dalam setiap skim perkhidmatan.

Maksud Gred/Kod Jawatan KP, N, DG, DH & Lain-lain Dalam Perkhidmatan Awam

Baca juga: “Ada Ijazah, Kenapa Mohon Jawatan Gred 29?” Ini Contoh Jawapan Lengkap Yang Anda Boleh Tiru

Angka 1 hingga 54 digunapakai untuk menentukan penggelaran gred jawatan dan gred gaji seperti berikut:

  • Bermula dengan angka 1 untuk gred yang rendah sekali dan diikuti dengan angka yang lebih besar untuk gred yang lebih tinggi
  • Angka ganjil untuk gred lantikan
  • Angka genap untuk gred kenaikan pangkat

Semoga bermanfaat!

Baca juga: 12 Kelebihan Bekerja Dalam Perkhidmatan Awam Yang Ramai Terkejar-kejar

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma