Pencen Askar 2026: Berapa Kadar Pencen Veteran ATM Selepas SSPA Fasa 2? Ini Anggaran & Tarikh Bayaran •Umur Pengeluaran KWSP 2026: Ini Peraturan Baharu Akaun Fleksibel, Sejahtera & Persaraan (Ramai Masih Keliru) •Gaji Berapa Kena PCB 2026? Ini Anggaran Gaji Yang Mula Kena Potongan Cukai Bulanan (Ramai Salah Faham) •Cara Share Location Google Maps (Live Location) 2026: Panduan Lengkap Untuk Keselamatan & Mudah Jejak Lokasi •22 Inisiatif BKJ Fasa 4 Johor: RM138 Juta Bantuan Untuk Lebih 600,000 Rakyat (Senarai Penuh & Kelayakan) • Pencen Askar 2026: Berapa Kadar Pencen Veteran ATM Selepas SSPA Fasa 2? Ini Anggaran & Tarikh Bayaran •Umur Pengeluaran KWSP 2026: Ini Peraturan Baharu Akaun Fleksibel, Sejahtera & Persaraan (Ramai Masih Keliru) •Gaji Berapa Kena PCB 2026? Ini Anggaran Gaji Yang Mula Kena Potongan Cukai Bulanan (Ramai Salah Faham) •Cara Share Location Google Maps (Live Location) 2026: Panduan Lengkap Untuk Keselamatan & Mudah Jejak Lokasi •22 Inisiatif BKJ Fasa 4 Johor: RM138 Juta Bantuan Untuk Lebih 600,000 Rakyat (Senarai Penuh & Kelayakan) •

Lulus BPR Fasa 1 Tetapi Tidak Lulus Fasa 2? Ini Sebabnya 

Oleh Cikgu Shaari • May 10, 2021 • 2 min baca

Lulus BPR Fasa 1 Tetapi Tidak Lulus Fasa 2? Ini Sebabnya 
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 yang layak menerima bayaran Fasa Kedua adalah merujuk kepada Permohonan BPR 2021 berstatus LULUS dan melepasi semakan vertifikasi kelayakan.

Pembayaran BPR 2021 akan dibuat secara berperingkat berdasarkan status permohonan mulai 7 Mei hingga 12 Mei 2021. Namun ramai juga yang buat aduan di media sosial berkenaan status permohonan bagi Fasa Kedua TIDAK LULUS, padahal Fasa Pertama sebelum ini mereka LULUS.

Kenapa pula Fasa Kedua tidak lulus? Ada sebabnya. Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui punca permohonan BPR Fasa 2 tidak lulus dan penyelesaiannya.

Baca: Kadar Bayaran Fasa Kedua BPR 2021 Setiap Kategori Yang Dibayar Mulai 7 Mei 2021

FASA KEDUA BPR TIDAK LULUS?

Seperti yang dimaklumkan oleh pihak LHDN,  permohonan BPR 2021 yang layak menerima bayaran fasa kedua adalah merujuk kepada:

  • Permohonan BPR 2021 berstatus lulus dan MELEPASI SEMAKAN bertifikasi kelayakan

Ini bermaksud, pihak LHDN telah membuat tapisan secara lebih terperinci berkenaan kelayakan pemohon. Hanya pemohon yang benar-benar layak dan memenuhi syarat kelayakan sahaja akan diberi kelulusan.

ALASAN BPR FASA KEDUA TIDAK LULUS

Antara alasan tidak lulus BPR Fasa 2 adalah seperti berikut:

  • 05 – Maklumat pengenalan pasangan perlu pengesahan
  • 12 – Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat/ Perkongsian Liabiliti Terhad
  • 36 – Pemohon/ pasangan adalah penerima GKP
  • 31 – Status perkahwinan perlu pengesahan
  • 39 – Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan

Macam mana boleh lulus Fasa Pertama tetapi tidak lulus Fasa Kedua? Berbalik kepada kenyataan di atas tadi, pihak LHDN telah membuat semakan secara lebih terperinci. Jadi hanya yang benar-benar layak sahaja akan diberi kelulusan.

RAYUAN FASA KEDUA

Sekiranya anda merasakan diri anda LAYAK terima BPR Fasa Kedua dan alasan tidak lulus yang dipaparkan adalah tidak berkenaan dengan anda, permohonan rayuan boleh dibuat pada:

  • Tarikh rayuan: 15 hingga 30 Jun 2021

Permohonan rayuan boleh dibuat dengan mengisi borang yang disediakan dan sediakan dokumen-dokumen yang berkaitan sebagai sokongan untuk anda mendapat kelulusan. Rujuk panduan membuat rayuan BPR 2021 di bawah:

Dengan adanya proses rayuan ini, sebahagian daripada mereka yang telah ditolak permohonannya masih diberi peluang untuk mengemukakan rayuan beserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh LHDN.

Tarikh bayaran bagi pemohon yang telah membuat rayuan masih belum dimaklumkan. Jadi orang ramai diminta sabar untuk menunggu keputusan semakan. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh terus ke cawangan LHDN berdekatan.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.