Semakan & Permohonan

Tawaran Penajaan Program Teknikal Kompetensi Belia Asnaf. Elaun Bulanan Disediakan

May 10, 2021Oleh Cikgu Shaari1 min baca
Tawaran Penajaan Program Teknikal Kompetensi Belia Asnaf. Elaun Bulanan Disediakan

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mempelawa belia asnaf yang berkelayakan untuk sertai program penajaan bagi kursus Kimpalan Minyak & Gas. Pelbagai kemudahan disediakan sepanjang tempoh kursus yang dijalankan selama 16 minggu.

Belia yang tamat pengajian juga akan menerima sijil yang diiktraf serta mendapat penempatan kerja dalam bidang yang diceburi.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan cara membuat permohonan.

TAWARAN KURSUS

Kursus Kimpalan Minyak & Gas:

  • Inspektor Kimpalan Visual 3.0 Tahap 1
  • Pengenalan Pengajian Tanpa Misnah (NDT Appreciation)

Tempoh kursus: 16 minggu

Kursus bertempat di: TWI Shah Alam, Selangor

KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan menyertai kursus yang ditawarkan:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 25 tahun ke bawah
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan tertakluk pada kiraan had kifayah
  • Lulus SPM
  • Tertakluk pada pengiraan had kifayah

KEMUDAHAN DISEDIAKAN

Antara kemudahan yang disediakan kepada belia sepanjang tempoh program adalah:

  • Asrama
  • Makan an minum
  • Elaun bulanan
  • Tempoh kursus – 16 minggu
  • Perlindungan Insuran Kemalangan
  • Pensijilan Antarabangsa – CSWIP – U.K
  • Penempatan kerja setelah tamat kursus

CARA DAFTAR

Belia yang berminat boleh buat pendaftaran sekarang sebelum tarikh tutup iaitu 16 Mei 2021. Pendaftaran boleh dibuat dengan mengisi borang secara online di bawah:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan kursus yang ditawarkan, anda boleh hubungi salah satu talian berikut:

  • En Ezri/ Us. Hazim: 03 4047 9444/ 011 5920 9476
Topik artikel ini
Semakan & Permohonan
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda