Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

3 Perkara Yang Boleh Menyebabkan Bayaran Bulanan i-Citra Terhenti

Oleh Cikgu Shaari • July 19, 2021 • 2 min baca

3 Perkara Yang Boleh Menyebabkan Bayaran Bulanan i-Citra Terhenti
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Tahu tak, ada beberapa perkara yang boleh menyebabkan bayaran bulanan i-Citra anda terhenti? Sejak 12 Julai lalu, orang ramai dah boleh buat permohonan pengeluaran i-Citra melalui akaun KWSP secara atas talian di laman web rasmi icitra.kwsp.gov.my.

Orang ramai tidak perlu tergesa-gesa buat pengeluaran kerana permohonan dibuka sehingga 30 September 2021. Orang ramai dibenarkan untuk buat pengeluaran sehingga RM5,000 daripada simpanan KWSP.

Bagi yang dah mohon, ketahui beberapa perkara yang boleh menyebabkan bayaran i-Citra KWSP terhenti.

3 PERKARA YANG BOLEH MENYEBABKAN BAYARAN I-CITRA TERHENTI

Berikut adalah 3 situasi yang akan menghentikan pembayaran bulanan i-Citra KWSP:

  1. Jika ahli yang memohon mencapai umur 55 tahun
  2. Terdapat apa-apa pengeluaran penuh yang diluluskan, misalnya melibatkan pengeluaran Hilang Upaya, Meninggalkan Negara, Kematian dan sebagainya
  3. Ahli membuat pembatalan i-Citra

3 Perkara Yang Boleh Menyebabkan Bayaran Bulanan i-Citra Terhenti

Pemohon Mencapai Umur 55 Tahun

Apabila anda mencapai umur 55 tahun, secara rasminya anda memasuki umur persaraan. Setelah bertahun meningkatkan simpanan persaraan anda, anda kini mempunyai pilihan untuk menguruskan wang persaraan anda, sama ada dengan membuat pengeluaran penuh atau pengeluaran fleksibel.

Pengeluaran Penuh Yang Diluluskan

Pengeluaran KWSP ini disebut sebagai Pengeluaran Sebelum Persaraan. Dimana calon dibenarkan mengeluarkan simpanan sebelum mencapai umur persaraan dengan tujuan untuk membantu pencarum membuat persediaan untuk persaraan nanti. Semak senarai pengeluaran sebelum persaraan di sini:

Ahli yang telah diluluskan mana-mana pengeluaran ini akan dibatalkan bayaran i-Citra.

Pembatalan i-Citra

Ahli yang telah buat permohonan i-Citra DIBENARKAN untuk membuat pembatalan i-Citra, dengan syarat:

  • Permohonan semula selepas batal adalah tidak dibenarkan
  • Sebarang pindaan adalah tidak dibenarkan

KELANCARAN PENGELUARAN

Untuk makluman anda, pembayaran i-Citra akan dilakukan secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli secara berperingkat. Justeru, pemohon perlu memastikan tiga syarat berikut dipenuhi bagi memastikan pembayaran berjalan lancar:

  • Akaun bank simpanan atau semasa
  • Akaun bank masing aktif
  • Akaun bank atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama atau syarikat)

Semoga bermanfaat!

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.