Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) • Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) •

Gaji Penjawat Awam Bulan November 2022 Diawalkan Sempena PRU15

Oleh Cikgu Shaari • November 9, 2022 • 2 min baca

Gaji Penjawat Awam Bulan November 2022 Diawalkan Sempena PRU15
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Dimaklumkan bahawa Perbendaharaan Malaysia bersetuju meluluskan permohonan pengecualian AP105 supaya pembayaran awal emolumen kepada penjawat awam dan pencen kepada pesara Kerajaan bagi November tahun 2022 diawalkan sempena Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15).

Biasanya penjawat awam akan menerima bayaran baji dan pencen pada setiap 25 hari bulan. Seperti dimaklumkan, penjawat awam dan pesara kerajaan di seluruh Malaysia akan menerima gaji dan pencen lebih awal bagi bulan November 2022, iaitu sebelum tarikh mengundi.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan tarikh penerimaan gaji penjawat awam bagi bulan November 2022.

TARIKH PEMBAYARAN GAJI NOVEMBER 2022

Dimaklumkan bahawa Perbendaharaan Malaysia bersetuju meluluskan permohonan pengecualian AP105 supaya pembayaran awal emolumen kepada penjawat awam dan pencen kepada pesara Kerajaan bagi November tahun 2022 dilaksanakan seperti ketetapan berikut:

  • Bayaran gaji penjawat awam: 17 November 2022 (Khamis)
  • Bayaran pencen pesara kerajaan: 14 November 2022 (Isnin)

Difahamkan, pemberian gaji dan bayaran pencen lebih awal dibuat sebagai insiatif bagi membolehkan pengundi pulang ke kawasan masing-masing sempena Pilihan Raya Umum (PRU15) pada 19 November depan.

Kerajaan Selangor telah menetapkan 18 November 2022 (Jumaat) cuti umum bagi memudahkan pengundi yang bukan rakyat negeri ini untuk pulang mengundi di kampung halaman masing-masing.

Pentadbiran ini juga berharap Perdana Menteri dapat memberikan pelepasan yang sama kepada seluruh rakyat Malaysia supaya seramai mungkin rakyat dapat menunaikan tanggungjawab dalam menentukan masa depan negara pada 19 November ini.

Baca juga: Panduan Pergi Mengundi Kali Pertama & Cara Pangkah Dengan Betul

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.