Senarai Kerjaya Bidang Sukan Di Malaysia 2026: Pilihan Jawatan, Kemahiran & Tempat Mohon •SSPN Prime & SSPN Plus: Cara Buka Akaun, Kelebihan & Pelepasan Cukai Sehingga RM8,000 •Hadiah Hari Guru 2026: Tak Wajib, Ini Panduan Pilih Hadiah Bajet Rendah Yang Bermakna •MC Boleh Claim PERKESO 2026? Ini Syarat, Cara Mohon & Kesilapan Ramai Tak Sedar •Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar • Senarai Kerjaya Bidang Sukan Di Malaysia 2026: Pilihan Jawatan, Kemahiran & Tempat Mohon •SSPN Prime & SSPN Plus: Cara Buka Akaun, Kelebihan & Pelepasan Cukai Sehingga RM8,000 •Hadiah Hari Guru 2026: Tak Wajib, Ini Panduan Pilih Hadiah Bajet Rendah Yang Bermakna •MC Boleh Claim PERKESO 2026? Ini Syarat, Cara Mohon & Kesilapan Ramai Tak Sedar •Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar •

Cara Mohon Pengeluaran i-Citra KWSP RM5,000 Langkah Demi Langkah

Oleh Cikgu Shaari • September 20, 2021 • 2 min baca

Cara Mohon Pengeluaran i-Citra KWSP RM5,000 Langkah Demi Langkah
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kerajaan inilah yang mula-mula sekali mencadangkan pelaksanaan program i-Lestari, i-Sinar dan moratorium automatik untuk membantu rakyat dalam mendepani cabaran semasa pandemik COVID-19. Kita telah menjadi antara negara terawal di dunia yang memperkenalkan inisiatif seumpama ini.

Bagi meringankan beban kewangan ahli KWSP yang terjejas akibat PKP, KWSP akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra di bawah Pakej PEMULIH. Menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga 5 ribu ringgit dengan kadar bayaran secara bulanan.

Pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan 30 bilion ringgit kepada rakyat untuk menampung keperluan harian. Permohonan i-Citra KWSP dibuka mulai 12 Julai 2021. Rujuk cara mohon i-Citra KWSP langkah demi langkah di perkongsian bawah.

PENGELUARAN SIMPANAN KWSP I-CITRA

Menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran simpanan KWSP seperti berikut:

  • Pengeluaran i-Citra RM5,000
  • Kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh 5 bulan (tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli)
  • Pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021

Baca juga: Senarai Bantuan Baru Kerajaan PKP 3.0 PEMULIH. Bantuan Sehingga RM1,300 Untuk Isi Rumah.

TARIKH PERMOHONAN I-CITRA KWSP

Permohonan i-Citra KWSP akan dibuka pada:

  • Tarikh permohonan: 12 Julai 2021 hingga 30 September 2021

Semak: Syarat Kelayakan Mohon i-Citra KWSP & Amaun Pengeluaran Dibenarkan

PERMOHONAN PENGELUARAN i-CITRA KWSP

Tak tahu cara mohon i-Citra KWSP?

Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP melalui program i-Citra di portal dalam talian i-Citra di pautan berikut:

Berikut adalah panduan langkah demi langkah cara mohon i-Citra KWSP:

Cara Mohon i-Citra KWSP Cara Mohon i-Citra KWSP Cara Mohon i-Citra KWSP

Untuk maklumat lanjut berkenaan permohonan i-Citra KWSP, anda boleh hubungi talian Hotline i-Citra di 03-8922 4848.

Baca juga: Bantuan Hilang Pekerjaan PEMULIH, RM500 Bermula Oktober 2021

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.