Cara Refund Tiket ETS Online 2026: Panduan Lengkap Guna KITS (Elak Rugi) •Bagasi Rosak Selepas Flight? Ini Cara Claim Ganti Rugi Di Airport (Panduan Lengkap 2026) •Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara: Cara Semak Status Cukai LHDN & Elak Kena Tahan Di Airport •Tak Pandai Masak? Ini Cara Jadi Vendor Makanan 2026 Yang Menguntungkan •Cara Beli Rumah Tanpa Modal 2026: Teknik Full Loan, KWSP & Skim Kerajaan (Panduan Lengkap) • Cara Refund Tiket ETS Online 2026: Panduan Lengkap Guna KITS (Elak Rugi) •Bagasi Rosak Selepas Flight? Ini Cara Claim Ganti Rugi Di Airport (Panduan Lengkap 2026) •Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara: Cara Semak Status Cukai LHDN & Elak Kena Tahan Di Airport •Tak Pandai Masak? Ini Cara Jadi Vendor Makanan 2026 Yang Menguntungkan •Cara Beli Rumah Tanpa Modal 2026: Teknik Full Loan, KWSP & Skim Kerajaan (Panduan Lengkap) •

Tawaran Program Sarjana Muda Pendidikan Vokasional UTHM (Ambilan September 2020)

Oleh Cikgu Shaari • March 6, 2020 • 2 min baca

Tawaran Program Sarjana Muda Pendidikan Vokasional UTHM (Ambilan September 2020)
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Jika anda berniat untuk menyambung pengajian dalam pendidikan vokasional, kini Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UTHM membuat pengambilan pelajar bagi ambilan September 2020 ke Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional.

Permohonan kemasukan ke Program Sarjana Muda Pendidikan Vokasional UTHM ini telah dibuka dari 24 Februari sehingga 7 April 2020.

Dapatkan maklumat permohonan ke program ini melalui perkongsian permohonan di bawah.

PERMOHONAN PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN VOKASIONAL UTHM

Permohonan boleh dibuat melalui UPU Online dan pastikan pilihan pertama dan kedua anda adalah di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UTHM.

Bagi ambilan September 2020, hanya empat (4) program pendidikan dibuka yang anda boleh mohon iaitu:

  1. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Elektrik dan Elektronik
  2. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Penyejukbekuan & Penyamanan Udara)
  3. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Multimedia Kreatif) – STPM/MATRIK sahaja
  4. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (katering)- STPM/ MATRIK sahaja

SYARAT KEMASUKAN LEPASAN DIPLOMA/DKM/STPM/MATRIKULASI

Syarat-syarat kemasukan bagi lepasan Diploma, DKM, STPM dan Matrikulasi:

  • Lepasan Diploma/DKM (PNGK > 2.5)
  • Lepasan STPM/Matrikulasi (PNGK > 2.0)
  • MUET Band 2
  • Lulus Ujian Medsi
  • Lulus Temuduga

SYARAT KEMASUKAN LEPASAN DVM

Syarat-syarat kemasukan bagi lepasan DVM:

  • DVM (PNGK > 3.0)
  • SVM (PNGK Akademik >=2.0 & Vokasional >=2.67)
  • Kepujian Bahasa Melayu (Kod1104)
  • Kepujian Sejarah (Kod1251) bagi Kohort 2013 – terkini
  • Kompeten Semua Modul Vokasional
  • MUET Band 2
  • Lulus Ujian Medsi
  • Lulus Temuduga

MAKLUMAT LANJUT PERMOHONAN

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan program ini, sila hubungi talian 07-456 4028/4113/4115 atau menerusi Facebook Promosi FPTV, UTHM

Tawaran Program Sarjana Muda Pendidikan Vokasional UTHM

Jika anda berminat dalam program yang ditawarkan, buat permohonan anda sekarang melalui UPU Online sebelum tarikh tutup permohonan iaitu 7 April 2020.

Baca juga :Permohonan Program DPLI & ISMPPI UniSZA Kini di Buka. Khas Untuk Yang Berminat Menjadi Cikgu

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.