Permohonan Kemasukan Ke GIATMARA Tahun 2022 Kini Dibuka

Penubuhan GIATMARA adalah bertujuan menyediakan latihan kemahiran dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi.

GIATMARA menyediakan pelbagai kursus di pusat-pusat GIATMARA mengikut negeri. Sekiranya anda berminat untuk kemasukan GIATMARA sesi 2022 anda boleh buat permohonan secara online sekarang.

Semak syarat kelayakan dan maklumat lanjut permohonan kemasukan GIATMATA tahun 2022 di perkongsian bawah.

KURSUS DITAWARKAN

Berikut adalah kluster/ kursus yang ditawarkan di GIATMARA:

  • Computer & Networking Technology
  • Elektrikal
  • Elektronik
  • Fabrik
  • Hairdressing & Cosmetology
  • Hospitaliti
  • Kulinari
  • Mekanikal
  • Pembuatan
  • Pengangkutan
  • Senibina
  • Creative Media

Semak pusat GIATMARA untuk setiap kursus yang ditawarkan di sini:

SYARAT KEMASUKAN

Antara syarat kemasukan yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:

  • Bumiputera.
  • Sihat tubuh badan.
  • Boleh membaca, menulis dan minat (3M).
  • Berumur dari 15 tahun dan ke atas.
  • Berminat dengan bidang yang dipohon.
  • Tamat Tingkatan 5 dan berumur 18 tahun ke atas adalah syarat tambahan untuk menduduki peperiksaan kompetenan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi kursus Pendawai Elektrik & Penjaga Jentera Elektrik.

CARA MOHON

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan dan berminat untuk mohon kemasukan GIATMARA sesi 2022, anda boleh buat permohonan mulai 1 Oktober 2021 secara online melalui GSPeL di pautan berikut:

Pastikan anda memohon untuk program latihan secara SEPENUH MASA (FULL TIME). Bagi yang berminat dengan program latihan secara SEPARUH MASA (PART TIME) sila dapatkan borang manual dan hantar ke mana-mana Pusat GIATMARA berhampiran anda.

Sila muat turun borang permohonan secara manual jika mengalami masalah untuk pengisian secara dalam talian. Borang permohonan manual ini boleh di hantar terus kepada GIATMARA yang dipohon mengikut kursus yang ditawarkan.

BORANG PERMOHONAN GIATMARA

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh hubungi 03 2691 2690 atau terus ke laman web rasmi GIATMARA untuk maklumat lanjut.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma