Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul • Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •

Rumah Baiti-I Bank Islam: Mohon Pembiayaan Sehingga RM350,000 Untuk Memiliki Rumah Idaman

Oleh Cikgu Shaari • October 30, 2020 • 2 min baca

Rumah Baiti-I Bank Islam: Mohon Pembiayaan Sehingga RM350,000 Untuk Memiliki Rumah Idaman
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Bank Islam dengan kerjasama Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) menyediakan pelan istimewa di bawah Pembiayaan Rumah Baiti bagi merealisasikan impian memiliki rumah idaman anda.

Sekiranya anda berhasrat untuk memiliki rumah idaman, anda boleh dapatkan pembiayaan yang ditawarkan sehingga RM350,000.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut mengenai pembiayaan rumah Baiti-i Bank Islam.

KELEBIHAN PEMBIAYAAN RUMAH BAITI

Antara kelebihan pembiayaan rumah Baiti-I dari Bank Islam adalah:

  • Pembiayaan layak untuk rumah yang sedang dibina atau memiliki rumah yang telah siap
  • Tiada yuran pemprosesan
  • Tiada penalti untuk penyelesaian awal
  • Tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun atau umur 70 ( yang mana terdahulu
  • Pembiayaan merangkumi:
    i)  Pelan Takaful Gadai Janji (MRTT) / Pelan Takaful Berkadar Rata Tempoh Gadai Janji (MLTT)
    ii) Duit Setem
    iii) Yuran guaman

SYARAT KELAYAKAN

Pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 25 tahun dan ke atas
  • Tidak muflis atau dikenakan sebarang tindakan undang-undang
  • Perniagaan yang diusahakan adalah kukuh dan mempunyai keuntungan yang stabil sekurang-kurangnya 3 tahun

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah senarai dokumen yang perlu disertakan untuk membuat permohonan:

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Perjanjian jual beli
  • Bagi yang bekerja dengan majikan:
    – Slip gaji 3 bulan terkini
    – Penyata Pendapatan tahunan / Borang BE / Penyata KWSP
    – Sebarang dokumen pendapatan sokongan lain
  • Bagi yang bekerja sendiri / peniaga:
    – Pendaftaran syarikat / perniagaan
    -Penyata Bank 6 bulan terakhir
    – Penyata kewangan 3 tahun terkini
    – Borang B terkini
    – Sebarang dokumen pendapatan sokongan lain

MAKLUMAT PEMBIAYAAN

Rumah Baiti-I Bank Islam: Mohon Pembiayaan Sehingga RM350,000 Untuk Memiliki Rumah Idaman

Untuk dapatkan  maklumat lanjut mengenai pembiayaan rumah Baiti, anda boleh terus kunjungi cawangan Bank Islam berhampiran anda atau ke laman web www.bankislam.com

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.