Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) • Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) •

Yuran Konvokesyen UiTM Dikurangkan Bagi Semua Peringkat Pengajian

Oleh Cikgu Shaari • October 30, 2020 • 2 min baca

Yuran Konvokesyen UiTM Dikurangkan Bagi Semua Peringkat Pengajian
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Berita baik buat semua pelajar UiTM peringkat pengajian diploma, ijazah dan ijazah doktor falsafah yang akan mengikuti majlis konvokesyen sesi ke-92!

Pengurusan tertinggi UiTM telah membuat keputusan untuk mengurangkan yuran konvokesyen sesi ke-92. Keputusan yang dibuat adalah dengan mengambil maklum suasana semasa penularan pandemik Covid-19.

Baca selanjutnya di perkongsian bawah.

PENGURANGAN YURAN KONVOKESYEN

Yuran konvokesyen sesi ke-92 yang akan dikendalikan secara janji temu dikurangkan sebanyak RM40 bagi semua peringkat pengajian.

Pengurangan yuran itu diberikan secara automatik kepada semua peringkat pengajian dari diploma dan ijazah, termasuk PhD bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan graduan.

Sebelum ini, yuran konvokesyen pada setiap sesi yang dikenakan terhadap graduan pada kadar antara RM150 hingga RM230 mengikut peringkat pengajian.

Kini, graduan hanya perlu membayar yuran pada kadar antara RM110 hingga RM190 sahaja.

NORMA BAHARU PENGANUGERAHAN SIJIL

Norma baharu Penganugerahan Diploma/Ijazah secara janji temu UiTM merupakan satu langkah alternatif yang dilakukan demi menjaga keselamatan, kesihatan dan keselesaan (4K) para graduan, ibu bapa dan seluruh warga yang terlibat.

Janji temu yang diperkenalkan ini telah mengambil kira pelbagai aspek yang berkaitan 4K dengan merujuk prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Langkah UiTM dengan memperkenalkan Penganugerahan Diploma/Ijazah secara Janji temu di mana penganugerahan ini lebih mudah, cepat, selesa dan mencapai matlamat yang diingini selaras dengan keadaan pandemik COVID-19 masa kini.

PENDAFTARAN SISTEM JANJI TEMU

Sehubungan itu, graduan diminta mengisi dan mendaftar semula melalui Sistem Janji Temu baharu yang dibuka bermula 26 Oktober hingga 8 November. Klik pautan berikut:

Yuran Konvokesyen UiTM Dikurangkan Bagi Semua Peringkat Pengajian

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.