Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Cara Mohon Jawatan Pembantu Tadbir Di Pusat GENIUS@Pintar Negara UKM Dengan Kelayakan SPM

Oleh Cikgu Shaari • October 12, 2021 • 2 min baca

Cara Mohon Jawatan Pembantu Tadbir Di Pusat GENIUS@Pintar Negara UKM Dengan Kelayakan SPM
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Pusat GENIUS@Pintar NEGARA, Universiti Kebangsaan Malaysia menjemput anda warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas dan tidak melebihi 30 tahun yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Pembantu Tadbir N19.

Individu yang mempunyai kelayakan minima SPM boleh buat permohonan jawatan yang ditawarkan sebelum tarikh tutup permohonan iaitu 15 Oktober 2021.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama Majikan: Pusat GENIUS@ Pintar NEGARA, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Jawatan: Pembantu Tadbir (P/O) N19
  • Taraf Jawatan: Kontrak
  • Tempoh Lantikan: 1 tahun
  • Penempatan: Kolej Genius@Pintar Negara, Kampus Seremban
  • Tarikh tutup permohonan: 15 Oktober 2021

DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas berikut:

  • Tugas pengkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek pengkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).
  • Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan dari masa ke semasa oleh Pengarah dan Ketua Program.

SYARAT KELAYAKAN

Syarat am kelayakan bagi lantikan Pembantu Tadbir (P/O) N19 adalah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun ke atas dan tidak melebihi 30 tahun.
  • Kelayakan akademik : Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

Keutamaan akan diberikan kepada calon berikut:

  • Berpengalaman dalam urusan pentadbiran dan operasi
  • Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan serta menjalankan lain-lain tugasan seperti yang diarahkan oleh ketua dari masa ke semasa
  • Bersedia menerima arahan kerja lebih masa sekiranya diperlukan
  • Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu/ Bahasa Inggeris

CARA MEMOHON

Sekiranya anda merupakan calon yang berkelayakan dan berminat dengan jawatan ditawarkan, anda boleh buat permohonan melalui emel dengan menghantar RESUME/CV yang lengkap ke alamat emel berikut:

  • kppukm@ukm.edu.my

*Tajuk Emel: PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU TADBIR (P/O) N19

Calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga. Jika calon tidak menerima sebarang maklumat selepas 2 minggu dari tarikh tutup permohonan, calon dianggap gagal melepasi saringan pertama.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.