Contoh Resume Tanpa Pengalaman Kerja Yang Boleh Anda Tiru

Sekiranya anda ingin menulis resume tetapi risau tiada pengalaman kerja, jangan risau! Bukan anda seorang sahaja seperti ini, ramai lagi yang tiada pengalaman kerja untuk dimasukkan ke dalam resume. Tiada pengalaman kerja apa yang perlu anda buat?

Jika tiada pengalaman kerja, ada cara lain pula untuk anda tarik perhatian majikan supaya terpikat dengan resume anda tau!

Bagi yang tak tahu, anda boleh dapatkan tips buat resume tanpa pengalaman kerja dan contoh resume lengkap yang boleh anda tiru di perkongsian bawah.

Baca juga: Nak Kerja Bagus, Tapi Pengalaman Kurang! Cuba Praktikkan Tips Ini

TIPS BINA RESUME TANPA PENGALAMAN YANG MENARIK

1. Menggunakan Format Betul

Pertama sekali anda mestilah pandai memilih jenis format yang betul untuk menyiapkan resume anda. Disyorkan untuk memilih resume jenis chronological walaupun anda belum mempunyai sebarang pengalaman pekerjaan atau pengalaman kerja yang tidak banyak.

2. Tulis Resume Dengan Lengkap

Masukkan semua maklumat dengan betul dan lengkap seperti resume yang lain iaitu dengan melengkapkan bahagian :

  • Maklumat peribadi seperti nama, alamat, nombor telefon
  • Objektif
  • Bahagian pendidikan
  • Bahagian kemahiran
  • Pencapaian dan anugerah yang diterima
  • Sijil profesional & sijil ikhtisas
  • Senarai latihan industri / aktiviti ku kurikulum / aktiviti sukarelawan

3. Fokus Bahagian Kemahiran & Kepakaran

Fokuskan resume anda pada bahagian kemahiran serta kepakaran yang anda ada dan kaitkan dengan deskripsi tugas yang terdapat dalam iklan tawaran jawatan kosong.  Tawarkan kepakaran yang ada pada anda kepada bakal majikan anda. Padankan dengan keywords yang tepat seperti mana yang dikehendaki oleh majikan anda.

4. Senaraikan Anugerah & Pencapaian

Masukkan apa sahaja senarai anugerah dan pencapaian yang telah anda perolehi ke dalam resume anda. Pastikan senarai anugerah dan pencapaian tersebut relevan dan bersesuaian dengan jawatan yang dipohon.

Majikan dapat melihat bahawa anda adalah seorang yang sangat berbakat, berdaya saing, kreatif, mempunyai sifat kepemimpinan dan lain-lain.

5. Lengkapkan Bahagian Lain

Lengkapkan bahagian-bahagian yang lain seperti :

  • Aktiviti Sukarela
  • Sijil
  • Hobi
  • Kebolehan bahasa

Anda hanya perlu lengkapkan bahagian-bahagian tersebut dan jangan dibiarkan kosong. Apa sahaja yang berkaitan dan relevan dengan pekerjaan yang dipohon, anda masukkan sahaja ke dalam resume. Perkara ini akan membuatkan diri anda lebih bernilai.

6. Pastikan Resume Tersusun Dan Kemas

Akhir sekali, anda check semula resume anda agar tiada kesalahan tatabahasa dan ejaan. Pastikan juga resume anda dalam keadaan yang kemas dan tersusun sebelum anda menghantar kepada bakal majikan anda.

Anda boleh gunakan template yang tersedia di dalam Google Docs, Publisher dan Power Point untuk menyiapkan resume anda.

Baca: Cara Buat Resume Guna Microsoft Word. Mudah! Template Disediakan, Hanya Perlu Edit Maklumat

7. Berikan Cover Letter

Jangan lupa untuk sertakan Cover Letter apabila anda menghantar resume kepada bakal majikan. Ia adalah satu dokumen yang sangat penting tetapi sering dilupakan oleh pemohon kerja.

CONTOH RESUME TANPA PENGALAMAN KERJA

Berikut adalah contoh resume tanpa pengalaman yang boleh anda tiru:

DOWNLOAD RESUME

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma