Daftar Program Prihatin Belia Tajaan Penuh CIDB Kemasukan November 2020

Berita baik untuk belia-belia di Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas! Akademi Binaan Malaysia dengan tajaan penuh CIDB menawarkan kemasukan program Prihatin Belia CIDB untuk kemasukan 1 November & 8 November 2020.

Jangan lepaskan peluang ini, tambah kemahiran dan dapatkan pengalaman dalam bidang-bidang yang ditawarkan melalui program ini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan dan info lanjut Program Belia CIDB 2020.

KURSUS DITAWARKAN

Antara kursus yang ditawarkan adalah:

  • Welding 6G (GTAW + SMAW) – 14 hari
  • Scaffolding – 2 bulan
  • Hydraulic Excavator – 2 bulan
  • Backhoe Loader – 2 bulan
  • Drywall Partition – 2 bulan

KELEBIHAN MENGIKUTI PROGRAM

Berikut adalah kelebihan yang bakal belia nikmati sekiranya menyertai program:

  • Yuran kursus ditaja oleh CIDB
  • Makan/minum disediakan
  • Asrama disediakan
  • Peluang pekerjaan disediakan.

SYARAT KEMASUKAN

Hanya belia di Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja layak untuk mendaftar:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 – 35 tahun
  • Boleh membaca, menulis dan mengira
  • Bebas dari rekod jenayah dan dadah
  • Bebas dari rekod jenayah dan dadah
  • Berumur 21 – 35 tahun dan mempunyai lesen memandu kelas D bagi kursus Backhoe Loader & Hydraulic Excavator

CARA MENDAFTAR

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan dan berminat untuk daftar kursus yang ditawarkan, anda boleh hubungi salah satu talian berikut:

  • En. Sharin: 017 5697256
  • En. Ayub: 016 2029161
  • WhatsApp: 014 4554512

Daftar Program Prihatin Belia Tajaan Penuh CIDB Kemasukan November 2020

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma