Cara Download Pelbagai Software Percuma Dari 1 Website Yang Ramai Tak Tahu

BY Cikgu Shaari // 26.10.2020 // 1 min baca

Cara Download Pelbagai Software Percuma Dari 1 Website Yang Ramai Tak Tahu
VISUAL.ARCHIVE // 2020

Tahu tak sebenarnya anda boleh download pelbagai software di laptop secara percuma hanya melalui 1 website sahaja? Ramai yang tak tahu download software sendiri terutama yang baru beli laptop. Ada juga yang sampai bawa ke kedai untuk download software-software ini!

Tak perlu susah-susah, hanya beberapa langkah sahaja dan tak perlu pergi ke beberapa website untuk download software-software ini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk panduan download software percuma di laptop anda melalui 1 website sahaja.

PANDUAN DOWNLOAD SOFTWARE PERCUMA

Langkah 1

Taip Ninite di carian Google anda. Klik pilihan yang berada di atas sekali iaitu Ninite – Install or Update Multiple Apps at Once.

Cara Download Pelbagai Software Percuma Dari 1 Website Yang Ramai Tak Tahu

Langkah 2

Tick pada mana-mana kotak Software yang anda mahu download. Anda boleh tick lebih daripada satu.

Cara Download Pelbagai Software Percuma Dari 1 Website Yang Ramai Tak Tahu

Langkah 3

Dah pilih, Klik Get Your Ninite.

Cara Download Pelbagai Software Percuma Dari 1 Website Yang Ramai Tak Tahu

Langkah 4

Software yang anda pilih akan terus dimuat turun di laptop anda. Pilih Open di bahagian software download anda.

Cara Download Pelbagai Software Percuma Dari 1 Website Yang Ramai Tak Tahu

Langkah 5

Klik Run. Software anda akan terus dimuat turun dan dipaparkan di Desktop laptop anda.

Cara Download Pelbagai Software Percuma Dari 1 Website Yang Ramai Tak Tahu

Siap! Anda sudah boleh terus gunakan software anda download tadi. Tidak perlu susah payah pergi ke kedai untuk download software-software penting ini.

Semoga bermanfaat!

AUTHOR_PROFILE

Cikgu Shaari

Masa Tidak Menunggu Sesiapa.

JANGAN JADI
BIASA.