Rabun Warna Boleh Mohon SPA9? Ini Jawatan Kerajaan Yang Masih Sesuai Untuk Calon Rabun Warna Tahun 2026 •Video Resume Semakin Popular Di Malaysia? Ini Cara Buat Video Resume Yang Betul & Profesional •Bantuan Pesawah 2026: Kerajaan Salur RM200 Sehektar & Tingkatkan Insentif Pembajakan Kepada RM300 •Senarai Bantuan Laptop Pelajar Mengikut Negeri 2026: Ramai Masih Tak Tahu Ada Yang Boleh Dapat Hingga RM3000 •Nama “Mohd” Tak Lagi Boleh Digunakan Untuk Anak Baru? Ini Penjelasan Sebenar Isu Viral JPN 2026 • Rabun Warna Boleh Mohon SPA9? Ini Jawatan Kerajaan Yang Masih Sesuai Untuk Calon Rabun Warna Tahun 2026 •Video Resume Semakin Popular Di Malaysia? Ini Cara Buat Video Resume Yang Betul & Profesional •Bantuan Pesawah 2026: Kerajaan Salur RM200 Sehektar & Tingkatkan Insentif Pembajakan Kepada RM300 •Senarai Bantuan Laptop Pelajar Mengikut Negeri 2026: Ramai Masih Tak Tahu Ada Yang Boleh Dapat Hingga RM3000 •Nama “Mohd” Tak Lagi Boleh Digunakan Untuk Anak Baru? Ini Penjelasan Sebenar Isu Viral JPN 2026 •

Geran MyIce: Permohonan Geran Sehingga RM10,000 Untuk Pertubuhan Berdaftar

Oleh Cikgu Shaari • March 12, 2022 • 2 min baca

Geran MyIce: Permohonan Geran Sehingga RM10,000 Untuk Pertubuhan Berdaftar
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia menawarkan geran Malaysian Incentive Community Empowerment (MyICE) sehingga RM10,000 kepada pertubuhan berdaftar bagi memperkasakan pertubuhan di Malaysia.

Permohonan adalah terbuka kepada semua pertubuhan berdaftar di Malaysia dalam kategori kebajikan, sosial, keselamatan dan hak asasi. Jika berminat, pastikan anda buat permohonan secara atas talian selewat-lewatnya 31 Mei 2022.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut geran ditawarkan dan panduan buat permohonan.

OBJEKTIF PEMBERIAN MYICE

Objektif pemberian MyIce adalah bagi memperkasakan pertubuhan melalui:

  • Tadbir urus yang baik
  • Nilai kesukarelawanan melalui pertubuhan
  • Kepimpinan yang unggul

KADAR GERAN DITAWARKAN

Geran MyIce yang ditawarkan kepada pertubuhan berdaftar adalah:

  • Sehingga RM10,000

KATEGORI PERTUBUHAN

Kategori pertubuhan berdaftar yang layak untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Kategori Kebajikan
    Ibu tunggal
    Kebajikan masyarakat
    Kebajikan ahli
    Orang kurang upaya
    Warga emas
  2. Kategori Keselamatan
    Pencegahan jenayah
    Bomba sukarela
  3. Kategori Hak Asasi
    Alam sekitar
    Pengguna
    Manusia
    Pendidikan
  4. Kategori Sosial
    Alumni
    Pendidikan penduduk
    Keturunan

PROSES PERMOHONAN GERAN MYICE

Berikut adalah proses membuat permohonan Geran MyICE

  1. Setiausaha pertubuhan membuat permohonan melalui Sistem eRoses (www.eroses.gov.my)
  2. Mengemukakan maklumat dan dokumen seperti yang dikehendaki
  3. JPPM Negeri akan membuat saringan dan syor
  4. Makluman melalui emel kepada persatuan yang diluluskan dan penyaluran peruntukan akan disalurkan ke akaun pertubuhan 14 hari selepas Jawatankuasa Penilaian bersidang
  5. Pertubuhan hendaklah mengesahkan penerimaan bayaran dalam tempoh 14 hari daripada tarikh pemakluman
  6. Persatuan perlu kemukakan laporan program secara hard copy kepada JPPM selewat-lewatnya 60 hari program dilaksanakan

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh terus ke laman facebook Kementerian Dalam Negeri atau ke laman www.moha.gov.my.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.