Pengambilan Calon Guru KPM: Mohon Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Luar Negara

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa warganegara Malaysia lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Penghantaran Cemerlang ke Luar Negara dalam bidang Pendidikan Islam.

Pelajar terpilih akan mengikuti pengajian di universiti luar negara yang telah ditetapkan oleh KPM selama 4 tahun dan berpeluang menjadi seorang guru setelah tamat pengajian.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut berkenaan Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Luar Negara tajaan KPM.

Baca juga: Permohonan IPG 2021 Calon Guru PISPM Lulusan SPM

KETERANGAN PROGRAM

  • Nama Program: Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) ke Luar Negara Pendidikan Islam
  • Tempoh permohonan: 15 Mac hingga 15 April 2021
  • Pelajar akan mengikuti pengajian di universiti luar negara yang telah ditetapkan oleh KPM selama 4 tahun
  • Setelah tamat pengajian Ijazah pelajar akan mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) di Institut Pendidikan Guru selama 1 tahun.

SYARAT & KELAYAKAN ASAS

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:

  • Warganegara Malaysia
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2021 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2001
  • Sihat tubuh badan
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum
  • Calon SPM tahun 2020

BIDANG PENGAJIAN YANG DITAWARKAN

Antara bidang pengajian yang ditawarkan dalam program PPC adalah:

  • Bidang Bahasa Arab (Lughah)
  • Bidang Pengajian Islam
  • Bidang Tahfiz (Al-Quran Wal Qiraat)

Calon dinasihatkan untuk semak syarat asas akademik setiap bidang pengajian di sini:

SYARAT ASAS AKADEMIK BIDANG PENGAJIAN

CALON TIDAK LAYAK MEMOHON

Calon yang tidak layak memohon adalah terdiri daripada:

  • Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses
    tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
  • Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
  • Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah

CARA MEMOHON

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman sesawang KPM di alamat berikut:

Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan perlu menyediakan rakaman video pengajaran (VP) dan video kecergasan fizikal (VKF).

Pemohon dibenarkan mengemukakan 1 permohonan dan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sehingga tarikh permohonan ditutup.

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan:

  • Institut Pendidikan Guru Malaysia
    Kementerian pendidikan Malaysia
    Aras 1 – 3, Blok 2250
    Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya
    (u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan, Pusat Hal Ehwal Pelajaw)
  • No Tel: 03-8312 6720/6693/9731/6768
  • Emel: jpp@ipgm.edu.my
  • Laman Web: http://ipgm.moe.edu.my

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma