Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •Cara Jadi Guru Tuisyen Online Di Malaysia 2026: Platform, Kadar Bayaran & Tips Jana Income Dari Rumah • Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •Cara Jadi Guru Tuisyen Online Di Malaysia 2026: Platform, Kadar Bayaran & Tips Jana Income Dari Rumah •

Kemasukan Ke Institut Teknologi ANS Lepasan SPM Ke Atas. Terima Dana Ikhsan Potongan Yuran Pengajian

Oleh Cikgu Shaari • August 14, 2020 • 3 min baca

Kemasukan Ke Institut Teknologi ANS Lepasan SPM Ke Atas. Terima Dana Ikhsan Potongan Yuran Pengajian
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Institut Teknologi ANS Alor Setar (ANS) sedang giat membuat pengambilan pelajar baharu bagi kemasukan September 2020 untuk program tahun asas, diploma dan ijazah sarjana muda bagi program pengajian di Unitar International University (UNITAR) Alor Setar.

Kemasukan ini terbuka kepada semua pelajar lepasan SPM, STPM, asasi, matrikulasi, sijil dan diploma. Unitar juga menawarkan Dana Ikhsan kepada golongan B40 (penerima Bantuan Sara Hidup) iaitu yuran pengajian disetarakan dengan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kemasukan UNITAR yang ditawarkan.

DANA IKHSAN UNITAR

Dana Ikhsan Unitar dikatakan bertujuan membantu pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan dan terjejas akibat pandemik COVID-10 untuk menyambung pengajian tanpa memikirkan beban kewangan yang tinggi.

Potongan yuran pengajian antara RM2,000 hingga RM6,000 sedikit sebanyak membantu pelajar untuk belajar dengan minda yang tenang tanpa perlu memikirkan beban komitmen bayaran bulanan.

Sebagai contoh jika yuran pengajiannya berjumlah RM25,000 yuran itu akan disetarakan dengan pinjaman PTPTN dan selepas diskaun pelajar itu hanya perlu membayar RM18,000.

MANFAAT DANA IKHSAN

Antara manfaat daripada Dana ikhsan yang akan diterima oleh pelajar yang layak adalah:

  • Elaun ICT bagi pembelajaran secara dalam talian sebanyak RM600
  • Elaun kelayakan merit berdasarkan keputusan SPM/ STPM atau PNGK berjumlah antara RM900 hingga RM3,000
  • Elaun bulanan sebanyak RM100 selama 6 bulan

KELEBIHAN UNITAR

Kenapa pilih UNITAR?

  • Kesemua Kursus UNITAR Diiktiraf oleh MQA (Malaysian Qualification Agency)
  • Tidak perlu berjauhan dari kampung halaman bagi pelajar yang menetap di Alor Star, Kedah | Kota Bharu,Kelantan | Johor Bahru,johor. Institut Teknologi A.N.S Merupakan Pusat Wilayah UNITAR yang telah hampir 20 tahun menjalinkan kerjasama.
  • Pinjaman PTPTN disediakan kepada pelajar yang memerlukan serta layak.
  • Kemudahan Asas di sediakan kepada pelajar seperti WIFI percuma,perpustakaan,ruangan ulangkaji dan sebagainya.
  • Berdekatan dengan kemudahan awam seperti perhentian bas,bank,pejabat pos,restoran, dan sebagainya bagi memudahkan pelajar.

KURSUS YANG DITAWARKAN

Antara kursus pilihan yang ditawarkan di UNITAR adalah:

  •  Foundation in Management (AS,KB,JB)
  •  Diploma in Business Administration (AS,KB,JB)
  •  Diploma in Hotel Management (AS)
  • Diploma in Accountancy (JB)
  • Diploma in Early Childhood Education (AS,KB,JB)
  • Bachelor Business Administration (AS,KB,JB)
  • Bachelor of Hospitality Management (AS)
  • Bachelor of Education (AS,KB)
  • Bachelor of Education (EarlychilhoodEducation) (AS,JB,KB)
  • Bachelor of Management (AS)

SYARAT KELAYAKAN

Semakan syarat kelayakan untuk setiap kursus pengajian adalah berbeza-beza. Anda boleh semak syarat kelayakan kursus yang anda mahu di sini:

CARA MEMOHON

Pendaftaran untuk ambilan September 2020 adalah bermula 23 hingga 24 Ogos 2020. Sekiranya anda berminat, anda boleh buat permohonan secara online di pautan berikut:

ANS juga akan mengadakan taklimat pendidikan dan kerjaya pada 21 Ogos depan bertempat di Kompleks HIG, Langkawi dan 22 Ogos di Pejabat Mara Kulim. Pelajar berminat boleh hadir ke taklimat berkenaan untuk mendapat maklumat lanjut. Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 04-731 4305 atau 017-316 0845/ 019-590 8595 atau dapatkan maklumat di laman web rasmi Institut Teknologi ANS.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.