Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Senarai Kawasan Dikenakan PKPD Selangor & Kuala Lumpur Serta SOP Yang Perlu Dipatuhi

Oleh Cikgu Shaari • July 2, 2021 • 2 min baca

Senarai Kawasan Dikenakan PKPD Selangor & Kuala Lumpur Serta SOP Yang Perlu Dipatuhi
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Sebahagian besar mukim di lapan daerah di Selangor dan beberapa lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula Sabtu ini.

Ia susulan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan trend jangkitan Covid-19 yang tinggi dengan Selangor melaporkan purata antara 1,800 ke 1,900 kes, manakala WPKL dalam lingkungan 600 ke 1,000 kes. Menteri Kanan (Keselamatan) berkata, perintah terkini itu akan berkuat kuasa sehingga 16 Julai dengan semua laluan kawasan PKPD akan ditutup dan dikawal oleh Polis Diraja Malaysia.

Semak senarai kawasan yang dikenakan PKPD di Selangor dan Kuala Lumpur serta SOP yang perlu dipatuhi.

TEMPOH PELAKSANAAN PKPD SELANGOR & KUALA LUMPUR

Pelaksanaan PKPD di sebahagian besar Selangor dan Kuala Lumpur adalah sepanjang tempoh berikut:

  • 3 Julai hingga 16 Julai 2021 (14 hari)

KAWASAN DIKENAKAN PKPD

Berikut adalah senarai kawasan dan mukim di Selangor dan Kuala Lumpur yang dikenakan PKPD sepanjang tempoh berikut:

Senarai Kawasan Dikenakan PKPD Selangor & Kuala Lumpur Serta SOP Yang Perlu Dipatuhi Senarai Kawasan Dikenakan PKPD Selangor & Kuala Lumpur Serta SOP Yang Perlu Dipatuhi Senarai Kawasan Dikenakan PKPD Selangor & Kuala Lumpur Serta SOP Yang Perlu Dipatuhi

SOP PELAKSANAAN PKPD DI KAWASAN TERLIBAT

Individu yang berada di kawasan-kawasan yang dinyatakan di atas mestilah mematuhi SOP pelaksanaan PKPD sepanjang tempoh yang berikut. Semak SOP yang perlu dipatuhi di bawah:

  • Semua laluan kawasan PKPD akan ditutup dan dikawal oleh Polis Diaraja Malaysia (PDRM)
  • Hanya seorang sahaja wakil isi rumah yang dibenarkan membeli barang keperluan asas
  • Wakil isi rumah hanya boleh membeli barang dalam radius 10km dari kediaman
  • Tiada pergerakan dibenarkan selepas 8 malam kecuali kecemasan
  • Kementerian Kesihatan akan menjalankan ujian saringan Covid-19 bersasar ke atas semua penduduk terbabit
  • Pergerakan merentas daerah dan negeri bagi tujuan vaksinasi di PPV di luar daerah atau negeri dibenarkan dengan menunjukkan butiran janji temu
  • Hanya sektor perkhidmatan perlu sahaja dibenarkan untuk beroperasi mulai 8 pagi hingga 8 malam
  • Kebenaran untuk bekerja hanya bagi perkhidmatan perlu
  • Majikan dikehendaki mematuhi perintah ini dan membenarkan pekerja bekerja dari rumah
  • Restoran, kedai/ gerai makan, penjaja tepi jalan dibenarkan beroperasi antara 8 pagi hingga 8 malam
  • Hanya pembelian makanan secara bawa pulang dibenarkan
  • Kedai runcit, kedai serbaneka  untuk keperluan asas dibenarkan 8 pagi hingga 8 malam
  • Kedai farmasi, penjualan ubat ubatan, klinik haiwan dibenarkan antara 8 pagi hingga 8 malam
  • Stesen minyak dibenarkan beroperasi antara 6 pagi hingga 8 malam kecuali stesen minyak di lebih raya bertol beroperasi sehingga 24 jam
  • Pasar borang dibenarkan 12 pagi hingga 6 pagi
  • Pasar awam, Pasar Tani dibenarkan 6 pagi hingga 2 petang
  • Sebarang aktiviti sukan, sosial, rekreasi tidak dibenarkan

Baca: Cara Ketahui Radius 10KM Dari Tempat Tinggal

Untuk maklumat lanjut berkenaan SOP pelaksanaan PKPD di kawasan yang terlibat, anda boleh rujuk di laman www.mkn.gov.my

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.