Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) • Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) •

Permohonan Bantuan Kehilangan Pekerjaan (BKP) N.9 RM300 Kini Dibuka

Oleh Cikgu Shaari • July 2, 2021 • 2 min baca

Permohonan Bantuan Kehilangan Pekerjaan (BKP) N.9 RM300 Kini Dibuka
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan telah bersetuju untuk meluluskan peruntukan sebanyak RM3.0 juta bagi menyalurkan bantuan tunai secara one-off kepada rakyat Negeri Sembilan yang kehilangan kerja akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Individu yang kehilangan kerja dan terkesan akibat pelaksanaan PKP boleh mohon bantuan kewangan yang disediakan dan bayaran akan dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh kelulusan permohonan.

Semak syarat kelayakan dan maklumat lanjut permohonan Bantuan Kehilangan Pekerjaan (BKP) di perkongsian bawah.

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • 30 Jun 2021 sehingga 30 Julai 2021

KADAR BANTUAN

Pemohon yang layak akan menerima bantuan tunai berjumlah:

  • RM300 secara one off
  • Dibayar dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh kelulusan

SYARAT PERMOHONAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat permohonan berikut sahaja akan dipertimbangkan:

  • Pemohon adalah warganegara Malaysia yang menetap di Negeri Sembilan dan hilang pekerjaan akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan dalam tahun 2021
  • Pemohon masih belum mendapat sebarang pekerjaan semasa permohonan dikemukakan

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Permohonan mestilah dihantar bersama dokumen berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon
  • Salinan Sijil Nikah/ Cerai/ Kematian (yang mana berkaitan)
  • Surat pemberhentian kerja daripada majikan
  • Salinan penyata bank/ muka depan buku akaun

CARA MEMOHON

Permohonan bagi individu yang berkelayakan boleh dibuat melalui salah satu kaedah berikut:

Kerajaan Negeri berhak untuk memutuskan bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.