Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Pergerakan Dibenarkan Hanya Dalam Radius 10km. Ini Cara Ketahui Radius 10km Dari Rumah

Oleh Cikgu Shaari • May 31, 2021 • 2 min baca

Pergerakan Dibenarkan Hanya Dalam Radius 10km. Ini Cara Ketahui Radius 10km Dari Rumah
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri minggu lepas telah memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun “total lockdown” Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun 2021.

Sepanjang tempoh ini, SEMUA sektor TIDAK DIBENARKAN untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economy and service sector) yang telah disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara. Kerajaan juga telah menetapkan SOP sepanjang tempoh total lockdown dan salah satunya adalah pergerakan hanya boleh dilakukan dalam radius 10KM dari tempat kediaman sahaja.

Macam mana nak tahui radius 10KM dari rumah dan sampai mana kita boleh pergi? Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui radius 10KM dari tempat kediaman masing-masing.

SOP PERGERAKAN TOTAL LOCKDOWN

Berikut adalah SOP pergerakan Total Lockdown yang anda perlu tahu:

  • Pergerakan hanya dibenarkan untuk membeli barang keperluan atau tujuan kesihatan sahaja
  • Pergerakan boleh dibuat dalam lingkungan 10km dari tempat kediaman sahaja
  • Hanya 2 orang sahaja dibenarkan dalam satu kenderaan untuk mendapatkan keperluan asas & 3 orang untuk tujuan perubatan
  • Pergerakan untuk bekerja hanya boleh dibuat dengan kelulusan kementerian sahaja

Rujuk: SOP Penuh Total Lockdown & Premis Yang Dibenarkan Beroperasi

CARA KETAHUI RADIUS 10KM DARI RUMAH

Nak tahu radius 10km dari rumah dan tahu sampai mana anda boleh bergerak, ikut langkah berikut:

  1. Pergi ke pautan https://2kmfromhome.com/10km
  2. Gerakkan ‘Drop Pin’ ke kawasan rumah anda
    Pergerakan Dibenarkan Hanya Dalam Radius 10km. Ini Cara Ketahui Radius 10km Dari Rumah
  3. Radius 10 km dari kediaman anda adalah kawasan yang termasuk dalam bulatan merah
    Pergerakan Dibenarkan Hanya Dalam Radius 10km. Ini Cara Ketahui Radius 10km Dari Rumah

Mudah kan? Walaubagaimanapun, orang ramai diminta untuk hanya kekal berada di rumah sekiranya tiada keperluan untuk keluar rumah. Bersama-sama kita hentikan penularan wabak Covid-19 dengan mengikut perintah kerajaan.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.