Tawaran Pinjaman Pengajian Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) Bagi Peringkat Ijazah Pertama IPT Tempatan

Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) menawarkan tajaan pinjaman kepada warganegara Malaysia peranakan Kelantan yang bermaustatin di Negeri Kelantan dan berkelayakan untuk memohon pinjaman pelajaran YAKIN bagi mengikuti pengajian di peringkat Ijazah dalam dan luar negara.

Permohonan tajaan pinjaman dibuka bagi calon yang mengikuti kursus peringkat Ijazah pertama secara sepenuh masa di universiti/ institusi pengajian tinggi tempatan sesi 2021/2022.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan dan maklumat permohonan lanjut.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan tajaan pinjaman YAKIN dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • 26 September 2022 hingga 25 Oktober 2022

PERINGKAT PENGAJIAN

Pinjaman ditawarkan kepada calon yang mengikuti pengajian di peringkat:

  • Ijazah Pertama di IPTA
  • Ijazah KIAS – KUIN di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

SYARAT KELAYAKAN

Pemohon hendaklah memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia Peranakan Kelantan dan bermaustatin di Negeri Kelantan
  • Mendapat tawaran kemasukan daripada Universiti/Institut tempatan
  • Kepujian dalam Bahasa Melayu di Peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Pelajar-pelajar yang sedang dibiayai oleh penaja lain TIDAK LAYAK memohon.

DOKUMEN SOKONGAN

Borang Permohonan Online yang dicetak mestilah disertakan bersama dengan salinan-salinan dokumen disahkan benar berikut:

  • Surat Beranak / Surat Sumpah dan Kad Pengenalan pemohon.
  • Surat Beranak / Surat Sumpah dan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa / Penjaga.
  • Sijil-sijil persekolahan (SPM, STPM, STAM) dan lain-lain berkaitan.
  • Satu keping gambar berukuran passport.
  • Slip gaji terakhir ibu dan bapa (jika ibu bapa bekerja)
  • Surat tawaran kemasukan ke universiti.
  • Keputusan peperiksaan yang terakhir (jika sedang belajar)

CARA MEMOHON

Permohonan boleh dibuat sehingga 25 Oktober 2022 secara dalam talian dengan melayari laman web berikut:

Pemohon mestilah mempunyai emel peribadi yang aktif untuk permohonan dalam talian. Lengkapkan permohonan dan cetak Borang Permohonan dan sertakan bersama dengan salinan-salinan dokumen sokongan yang disahkan.

Permohonan hendaklah dihantar ke alamat berikut:

  • YAYASAN KELANTAN DARULNAIM (YAKIN)
    Tingkat 5 , Kompleks YAKIN
    Jalan Gajah Mati
    15000 Kota Bharu, Kelantan.
    Tel : 09-7483213 / 7446127

Tarikh tutup Permohonan Online ialah pada 25 Oktober 2022 manakala tarikh akhir penerimaan borang permohonan/dokumen ke pejabat YAKIN ialah pada 31 Oktober 2022. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup / tidak lengkap / tidak memenuhi kriteria sebagaimana ketetapan di atas akan ditolak dan tidak akan diproses

Keutamaan akan diberi kepada pelajar-pelajar dari keluarga berpendapatan sederhana dan kurang berkemampuan. Hanya pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui email dan jika tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 1 bulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma