Tawaran Pinjaman Pengajian Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) Bagi Peringkat Ijazah Pertama IPT Tempatan

Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) menawarkan tajaan pinjaman kepada warganegara Malaysia peranakan Kelantan yang bermaustatin di Negeri Kelantan dan berkelayakan untuk memohon pinjaman YAKIN bagi mengikuti pengajian di peringkat Ijazah dalam dan luar negara.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan dan maklumat permohonan lanjut.

Isi Kandungan

PERINGKAT PENGAJIAN

Pinjaman ditawarkan kepada calon yang mengikuti pengajian di peringkat:

  • Ijazah Pertama di IPTA
  • Ijazah KIAS – KUIN di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

SYARAT KELAYAKAN

Pemohon hendaklah memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia Peranakan Kelantan dan bermaustatin di Negeri Kelantan
  • Mendapat tawaran kemasukan daripada Universiti/Institut tempatan
  • Kepujian dalam Bahasa Melayu di Peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Pelajar-pelajar yang sedang dibiayai oleh penaja lain TIDAK LAYAK memohon.

DOKUMEN SOKONGAN

Borang Permohonan Online yang dicetak mestilah disertakan bersama dengan salinan-salinan dokumen disahkan benar berikut:

  • Surat Beranak / Surat Sumpah dan Kad Pengenalan pemohon.
  • Surat Beranak / Surat Sumpah dan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa / Penjaga.
  • Sijil-sijil persekolahan (SPM, STPM, STAM) dan lain-lain berkaitan.
  • Satu keping gambar berukuran passport.
  • Slip gaji terakhir ibu dan bapa (jika ibu bapa bekerja)
  • Surat tawaran kemasukan ke universiti.
  • Keputusan peperiksaan yang terakhir (jika sedang belajar)

CARA MEMOHON

Permohonan boleh dibuat sehingga 17 September 2020 (Khamis) secara dalam talian dengan melayari laman web berikut:

Pemohon mestilah mempunyai emel peribadi yang aktif untuk permohonan dalam talian. Lengkapkan permohonan dan cetak Borang Permohonan dan sertakan bersama dengan salinan-salinan dokumen sokongan yang disahkan.

Permohonan hendaklah dihantar ke alamat berikut:

  • YAYASAN KELANTAN DARULNAIM (YAKIN)
    Tingkat 5 , Kompleks YAKIN
    Jalan Gajah Mati
    15000 Kota Bharu, Kelantan.
    Tel : 09-7483213 / 7446127

Tarikh tutup Permohonan Online ialah pada 17 September 2020 (Khamis) manakala tarikh akhir penerimaan borang permohonan/dokumen ke pejabat YAKIN ialah pada 30 September 2020 (Rabu). Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup / tidak lengkap / tidak memenuhi kriteria sebagaimana ketetapan di atas akan ditolak dan tidak akan diproses

Keutamaan akan diberi kepada pelajar-pelajar dari keluarga berpendapatan sederhana dan kurang berkemampuan. Hanya pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui email dan jika tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 1 bulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma